Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 29, 2023 @ 4:34pm

“Jangan Sampai Bapa Kau Dah Tak Ada, Baru Kau Nak Cari” – Yusof Haslam

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, kira-kira tahun lalu.

Menurut Yusof, dia beranggapan pasti ada sebab mengapa Syamsul berbuat demikian malah Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail berkata, mereka memberi masa kepada anaknya itu.

“Saya pun dah tak ingat, tak salah saya setahun sudah ada datang rumah ketika ibu mertua saya sakit. Datin ada hubungi dia dan dia datanglah ketika itu.

“Saya ada berjumpa dengan dia, ada berbual sekejap, itu last. Tapi sebelum itu lama juga dia tak balik. Tapi tak apa, saya tak mahu orang anggap bukan-bukan.

“Bagi saya, sebagai anak, ada benda yang dia tak puas hati atau ada benda tersentak dengan ibunya atau saya. Tak apa lah, kami bagi masa,” ujarnya dalam temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Tambah Yusof, dia berpesan kepada Syamsul janganlah baru nak mencari ibu bapanya apabila orang tuanya itu sudah tiada lagi kelak.

Malah berkata, wang bukanlah segala-galanya.

“Terserah pada Syamsul untuk balik berjumpa dengan ibunya. Kalau tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera.

“Jangan tunggu sampai bapa kau dah tak ada, baru kau nak cari ibu bapa kau. Jangan aggap apa saja yang papa dan mama luahkan, bukan merendah-rendahkan kamu. Tidak.

“Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang bila kamu berbaik dengan ibu kamu dan keluarga kamu. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik,” katanya.

Dalam nada sebak, Yusof mengakui dia terima dan reda dengan apa yang berlaku malah sentiasa memberi sokongan kepada anak lelakinya itu.

“Sedih, sudah tentu kita sayang anak kita kan. Saya juga dah letih soal ini, jiwa saya dah tenang dengan Datin.

“Kita terima dan reda dengan apa yang dah berlaku. Saya tak nak pertahan, saya doakan yang terbaik pada anak saya.

“Kepada Syamsul, ayah doakan agar filem-filem yang diarahkan (KL Gangster 3) mendapat sambutan yang baik. Papa tetap akan menyokong.

“Tidak ada perasan dendam, benci. Marah bukan bererti kita benci, senyum bukan bererti kita setuju. Fikir-fikirkanlah,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Nak Madu Ke Atau Dimadukan, Itu Bukan Urusan Saya” – Yusof Haslam Komen Spekulasi Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pernah 3 Tahun Tak Balik Raya” – Sambut Aidilfitri Secara Sederhana, Yusof Haslam Reda Jika Syamsul Tidak Pulang Beraya

ARTIKEL BERKAITAN:  Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue

Hiburan Sun, 7 Dec 2025

“Alhamdulillah, Usia 47 Tahun Baru Pertama Kali Sampai Ke Sana” – Rezeki Lepas Pulang Umrah, Datuk Red Tak Menang Tangan Layan Peminat

“Saya dah simpan hasrat, saya mahu berjanji pada diri, balik nanti saya akan selesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan” – Datuk Red

Trending Sat, 9 Feb 2019

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Salam takziah buat family yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi. Al- Fatihah

Featured Fri, 25 Jul 2025

Whulandary Jaga Adab, Siap Minta Izin Zahirah Macwilson Berlakon Dengan Aiman Hakim

Bagi Whulandary, iminta izin bukanlah sesuatu perkara yang taboo untuknya.

Featured Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Anak Menteri Dikecam Kerana Little Miss Khan?

Teman lelakinya tidak bersalah namun turut menerima kecaman daripada netizen, kesian dia kan?

error: Content is protected !!