Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 29, 2023 @ 2:56pm

“Dia Nak Madu Ke Atau Dimadukan, Itu Bukan Urusan Saya” – Yusof Haslam Komen Spekulasi Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru

Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan spekulasi yang membabitkan anaknya iaitu pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang didakwa kini sedang mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.

Menurut Yusof, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut (sedang berhubung rapat).

Pemilik rumah produksi Skop Production itu turut beranggapan Syamsul mengenali wanita tersebut ketika membeli kereta dahulu.

“Saya juga terkejut, tak boleh komen, benda ini luar pengetahuan kami. Saya rasa mungkin tidak.

“Perkara itu mungkin masa dia beli kereta dulu. Mungkin dia kenal dengan taukey, dan ada anak perempuan.

“Saya lihat itu gambar lama, tapi apa jadi sekali pun, benar atau tak, saya tak boleh jawab. Saya dah Datin tak tahu menahu,” ujarnya dalam temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, Yusof turut menjelaskan tindakan isterinya menyukai foto wanita tersebut di Instagram bukan tanda merestui seperti yang diperkatakan netizen.

“Bukan kata Datin ‘like’ bermakna dia restu, tidak. Bukan tanda restu. Zaman siber sekarang orang boleh buat macam andaian. Kami pasrah sahaja,” jelasnya.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan isteri hanya mencari menantu yang setaraf.

“Jangan kaitkan nama Datin konon merestui kerana orang kaya, sama taraf.

“Saya dan Datin tak pernah anggap kami kaya, siapa sahaja pilihan anak, saya terima. Tak pernah nak pilih menantu kaya.

“Jangan kaitkan soal kita kaya kita nak sama taraf dengan pilihan anak-anak. Demi Allah tak pernah,” jelasnya lagi.

Disoal apakah reaksinya apabila ramai pihak seolah-olah mahu rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar berakhir dan Syamsul mengahwini wanita tersebut, ini jawapan Yusof;

“Syamsul dan Ira dah jadi suami isteri, soal dia nak madu ke atau dimadukan, itu bukan urusan saya. Lagipun dah lama kami tak jumpa.

“Soal dia nak jodoh dengan siapa ke, dia nak madu ke, itu bukan urusan saya dengan Datin. Kami doakan yang baik agar Syamsul dapat keredaan Allah.

“Bagi saya mereka boleh buat macam-macam andaian, saya tak pernah menganggap begitu (berlaku perceraian)

“Setiap orang ada kehidupan sendiri, begitu juga Syamsul dan isteri, mudah-mudahan mereka bahagia, kami sentiasa doa yang baik-baik,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah laporan yang mendakwa seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Rata-rata netizen memetik nama pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Malah turut tular beberapa foto Syamsul bersama wanita berkenaan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Terkejut, Enggan Ambil Tahu Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru – “Itu Tiada Kena-Mengena Dengan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Di TikTok, Kompilasi Foto Syamsul Yusof Dengan Wanita Cantik Cetus Tanda Tanya… Netizen Dakwa Kekasih Baharu?

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Like’ Video Irenee Deanna, Netizen Dakwa Patimah Ismail Beri Hint Dah ‘Restu’ Hubungan Syamsul Dengan Si Wanita Rambut Kerinting?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Handsome Tak Cukup Buat Perempuan Setia” – Luahan Nadhir Nasar Raih Perhatian Netizen

Nadhir tampil dengan kenyataan ringkas namun cukup mencuri perhatian apabila menyifatkan rupa paras yang tampan bukanlah jaminan untuk memperoleh kesetiaan

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

Hiburan Sat, 23 Nov 2024

Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya

Allan Andrsn turut mencuba nasib sertai uji bakat Calpis Soda OIAM di Kuantan.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Wed, 13 Nov 2019

Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya

hanya kerana udang, lelaki ini maut selepas 3 hari tidak sedarkan diri

Trending Mon, 19 Feb 2024
error: Content is protected !!