Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2023 @ 8:57pm

Puteri Sarah Terkejut, Enggan Ambil Tahu Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru – “Itu Tiada Kena-Mengena Dengan Saya”

Aktres jelita Puteri Sarah Liyana enggan mencampuri urusan bekas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof yang didakwa kini sedang mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dia kini tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi Syamsul lagi dan hanya berhubung mengenai anak-anak sahaja.

Ujar pelakon drama Suri Hati itu, dia juga mengakui terkejut dengan khabar angin yang terpalit bekas suaminya itu.

“Saya sibuk dengan kerja saya… saya pun tak tahu… Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih… itu hal peribadi dia.

“Itu tiada kena mengena dengan saya…. yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” ujarnya kepada XTRA.

Sarah diminta mengulas perkara itu ketika ditemui selepas pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib yang berlangsung Istana Budaya pada petang Jumaat.

Kata Sarah dia mengetahui khabar tersebut daripada netizen.

Malah, memaklumkan tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.

“Saya baru tahu hari ini…. saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan

“Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir… komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.

“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa… Yang lain semua saya tak nak tahu,” ujarnya.

Minggu ini, satu laporan berita melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Dakwanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Lelaki Baru Kahwin Didakwa Pasang Skandal?

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Di TikTok, Kompilasi Foto Syamsul Yusof Dengan Wanita Cantik Cetus Tanda Tanya… Netizen Dakwa Kekasih Baharu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Featured Thu, 18 Nov 2021

Penjawat Awam Negeri Johor Terima Bantuan Khas Sehingga RM1,000 Pada…

Wah, berita gembira buat penjawat awam Johor!

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Mestilah nervous, artis otai tu!

Featured Wed, 15 Oct 2025
Featured Thu, 2 Jan 2025

Angkat ‘Silent Language’ Dalam Muzik Video, Mimi Fly Raih Pujian – “Ikonik! Ni Memang Bertaraf Antarabangsa”

selain menjalani penggambaran selama 18 jam, Idea untuk MV Angkat ni tercetus pada jam 3 pagi.

error: Content is protected !!