Euforia Bola 2026
Drama By: Fatin Nurain May 3, 2024 @ 12:39pm

Enggan Drama Berakhir Dengan ‘Ending’ Cliche, Nazim Othman Rungkai Sebab Ardini Tak Pilih Luqman

Pelakon Nazim Othman tampil memberikan penjelasan mengenai drama lakonannya Wanita Syurga yang baru sahaja melabuhkan tirai, semalam.

Menerusi drama arahan Riza Baharudin itu, Nazim telah memegang watak sebagai Luqman yang merupakan kawan baik dan peguam kepada Ardini Zahira (Siti Khadijah).

Luqman merupakan lelaki yang setia menunggu Ardini membalas cintanya meskipun wanita itu sudahpun berumah tangga dengan Amar Ilhami, lakonan Redza Rosli.

Namun, dalam episod semalam Ardini tetap tidak membalas cinta Luqman meskipun dia sudah berpisah dengan Amar kerana sayang akan persahabatannya.

Artikel Berkaitan: Wanita Syurga Labuhkan Tirai, Ramai ‘Broken’ Ardini Zahira Tak Pilih Luqman!

Menurut Nazim, dia kagum dengan sifat terbuka pengarah itu kerana mangambil maklum akan setiap pendapat barisan pelakon dan krew yang terlibat dalam drama ini.

“How thoughtful is our director? Beliau ada terfikir untuk menukar pengakhiran drama Wanita Syurga ini dari awal lagi.

“Tapi yang saya hormati adalah keterbukaan beliau untuk bertanya pendapat bukan saja di kalangan pelakon tapi pihak krew produksi juga,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Tambah Nazim, dia sendiri enggan drama Wanita Syurga itu berakhir dengan ‘ending’ yang cliche atau perkara yang sudah boleh dijangka oleh penonton.

“Sebagai pelakon watak itu, berkali-kali juga saya nyatakan pendirian agar Luqman tidak menjadi pilihan Ardini.

“Kenapa? Soal hati tidak boleh dipaksa-paksa. Cinta tak seharusnya memiliki.

“Secara peribadi, berdasarkan plot jalan cerita secara keseluruhan, saya rasa tak adil Dini terima Luqman atas dasar simpati, tanpa sayang apatah lagi cinta.

“Meletakkan diri saya sebagai penonton pula, saya mesti mahukan Ardini ke pangkuan Luqman memandangkan Luqman sentiasa ada di sisinya sewaktu susah dan senang.

“Namun seandainya Dini betul-betul memilih Luq, cerita ni jadi cliche’, orang dah boleh agak endingnya. Begitulah kisah Nazim yang berkeras tak mahu disatukan Luq dan Dini,” katanya.

Nazim bagaimana pun memohon agar orang ramai tidak menyalahkan pengarah draka itu kerana berpendapat beliau seorang yang kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya.

“Jangan marah director saya. Beliau baik, kreatif, berdiplomasi dan hensem. Tapi awas jangan ada yang cuba sondol kerana beliau sudah berumahtangga,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

Amyra Rosli Masuk Wad Akibat Demam Panas

Pelakon dan pengacara Nona, Amyra Rosli, 30, terpaksa ditahan di wad hospital akibat demam panas dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius. Perkara ini dimaklumkan oleh pelakon itu menerusi Instagram Story. Pada mulanya, Amyra atau […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Trending Fri, 22 Nov 2019

40KG Ketam ‘King Crab’ Dari Korea Selatan Dirampas Di KLIA

Ia dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Malaysia Di Hatiku Satukan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta & Tabby

Empat bintang baru yang sedang meningkat naik, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan anggota Dolla, Tabby bersatu menghadiahkan sebuah karya patriotik segar sekali gus menyuntik semangat kekitaan menerusi lagu Malaysia Di Hatiku. Lagu terbitan Universal […]

Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Wed, 14 May 2025

“Sedihnya Hidup.. Tak Ada Bibik Macam Artis Lain” – Tyra Kamaruzzaman Terhibur Dituduh Tak Mampu Bayar Pembantu

Tyra hanya ketawa dan secara bersahaja mempersoalkan logik pemikiran individu itu

error: Content is protected !!