Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2022 @ 4:59pm

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Keterujaan sebuah keluarga untuk menikmati rangka ayam sebagai juadah berbuka puasa hilang apabila hidangan yang dibeli dengan harga RM5 tidak dicuci dengan betul.

Perkongsian sayu itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa rangka ayam itu langsung tidak disiang oleh peniaga kerana dipenuhi dengan isi perut ayam.

Menurutnya, rangka ayam tersebut seolah-olah hanya dicelup tepung dan digoreng sebelum dijual di bazar.

“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni. Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung.

“Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan?

Sebagai anak sudah semestinya kita akan berasa kesal, lebih-lebih lagi apabila memikirkan seorang bapa yang penat baru pulang dari kerja sanggup singgah ke bazar untuk membeli makanan namun tidak dapat dinikmati bersama.

“Abah kata beratur tadi orang beli makanan dekat bazar. Tak boleh nak bayang kan parents kita penat balik kerja then pergi bazar dengan harapan nak bawa balik berbuka dengan anak. Tapi turns out macam ni. Tolong ya, bagi saya ni satu penganiayaan,” tulisnya.

Bagaimanapun, gadis tersebut tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak namun hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada para peniaga untuk menjaga kebersihan makanan.

“Berniaga dalam Islam ni, satu amanah. Salah satu punca pendapatan dan pahala. Tapi bila dah salahgunakan, boleh jadi punca saluran dosa. Berniaga kerana Allah dan keberkatan hidup bukan sekadar untung semata. Ingat tau peniaga yang lain. ALLAH YANG SATU.

“Aku ni bukannya nak jatuhkan peniaga muslim atau nak tutup periuk nasi depa. Tak, bukan macam tu. Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi ramadhan. Nak maki, tapi tambah dosa,” tulisnya.

Meninjau reaksi ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan rasa amarah mereka dengan sikap segelintir peniaga yang boleh dikatakan tidak ikhlas dalam berniaga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 29 May 2024

“Harap Anak Ketiga Tak Lahir Bulan 5 Kalau Tak…” – Anzalna Nasir

Amboi! Kalau rezeki tak kemana.. anak Anzalna semua comel kan

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“She Is Not An Object, She Is My Child!” – Fazura Luah Rasa Kecewa

Fazura mengakui dia pertama kali melihat video tersebut yang tersebar di media sosial

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Trending Wed, 25 Jul 2018
Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nahas Pesawat JT 610, Juruteknik Kena Pecat

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

error: Content is protected !!