Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 13, 2024 @ 2:09pm

Dakwaan Joey Daud Lupa Lirik, Ini Jawapan Balas Mas Idayu – “Dia Tersingkir Bukan Sebab Lupa Lirik”

Penyanyi dan juri tetap program hiburan Famili Duo Musim Ke – 4 (FD4), Mas Idayu tampil memberikan respons susulan kenyataannya yang mendakwa pelawak, Joey Daud tersalah lirik ketika melakukan persembahan di pentas separuh akhir baru-baru ini.

Kata Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy, sebab penyingkiran Joey dan Naqiu bukanlah disebabkan oleh masalah lupa lirik yang dihadapinya ketika melakukan persembahan sebaliknya, dia sudah melakukan tugas dan tanggungjawab sebagai juri tetap dengan sebaik mungkin.

“Dia tersingkir bukan sebab lirik (lupa). Kami sebagai juri tidaklah begitu tegas dengan hal itu. Persembahan mereka okay saja.

“Bimbang kalau saya tersalah komen. Tapi, saya beri komen yang wajar kepada mereka kerana persembahan dibuat itu okey saja. Cuma, sebagai juri saya hanya boleh memilih tiga yang terbaik.

“Jadi, kalau mereka rasa sesuai untuk ke final, siapa yang perlu saya singkirkan? Itu persoalan saya,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo 4: Naqiu & Joey Pertama Kali Bolos Juara Mingguan, Perjalanan Duo Didi Astillah & Thamiera Terhenti Di Suku Akhir!

Sebelum ini, Joey ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir FD4 yang diadakan di Glenmarie, Shah Alam menepis dakwaan Mummy yang mengatakannya dia terlupa lirik.

Walaupun berasa sedih,  dia akur dengan keputusan yang diberikan sekaligus menghormati pandangan juri terhadap persembahan duo nya bersama Naqiu.

Bukan itu sahaja, Joey juga enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut dek kerana enggan menimbulkan apa-apa kontroversi.

“Mana ada saya lupa lirik? Nanti kalau jawab jadi kontrovesi dik. Saya sebenarnya, vokal dan saya menghormati pandangan masing-masing dan ini takdirnya saya perlu reda,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

ARTIKEL BERKAITAN:ARTIKEL BERKAITAN:Joey Daud Kecewa Segelintir Produksi Utamakan Jumlah Pengikut Di Media Sosial Berbanding Bakat – “Orang Dah Tak Mahu Kita…”

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Trending Sun, 28 Jul 2019

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur Masih Boleh…

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur, Lelaki Ini Tetap Bangkit Walau Lupa Cara Untuk Bertutur

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ogy Ahmad Daud Kini Mangsa Serangan Netizen?

Tambah Ogy lagi, dia begitu sensitif terhadap isu ini kerana ianya turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah

Trending Fri, 16 Mar 2018

Bijak dan Popular, Ini Senarai 8 Selebriti Tempatan Yang Pernah Mendapat Keputusan Cemerlang SPM!

Istimewa sempena bahang result SPM, Hijab & Heels  menyenaraikan kembali 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM!

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Featured Fri, 23 Jan 2026

Uqasha Senrose Didakwa ‘Balas Balik’ Kenyataan Kamal Adli Isu 2 Minggu Tak Jumpa Anak?

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Uqasha kelihatan berkongsi fotonya beserta kapsyen ringkas.

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

“Banyak Dapat Tawaran, Tapi Ia Bukan Pasal Duit” – Fasha Sandha Fokus Beri Komitmen Terbaik

Pelakon cantik, Fasha Sandha bersyukur dapat memberikan sepenuh komitmen.

error: Content is protected !!