Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 3, 2024 @ 6:49pm

Selepas Akui Kecewa Industri Seni Lebih Pentingkan ‘Followers’ Daripada Bakat, Datuk Vida Simpati Terhadap Nasib Joey Daud 

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan rasa simpati terhadap pelakon dan pelawak, Joey Daud selepas mengakui kecewa dengan industri seni masa kini lebih mementingkan jumlah pengikut berbanding bakat seseorang selebriti.

Menerusi ruangan komen di portal XTRA, DSV berkata Joey seorang selebriti yang berbakat serta berharap agar dia tidak lupa kejayaannya yang pernah bergelar juara.

“Kakak kesian kat Joey, ada bakat… Jangan sampai lupa Joey pernah juara,” tulisnya.

Sebelum ini, Joey berpendapat bahawa industri hiburan pada masa kini tidak wajar berpandukan media sosial yang mudah dimanipulasi serta tidak menjaminkan bakat setiap anak seni.

Sementara itu, Joey yang bertanding dalam program nyanyian Famili Duo 4 bersama pasangan duo, Naqiu berjaya ke separuh akhir selepas pertama kali merebut gelaran Duo Terbaik di minggu keenam yang bertemakan retro.

Mendapat markah ‘perfect 10’ daripada kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu, pasangan duo Naqiu dan Joey membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store

Artikel Berkaitan: Joey Daud Kecewa Segelintir Produksi Utamakan Jumlah Pengikut Di Media Sosial Berbanding Bakat – “Orang Dah Tak Mahu Kita…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Wed, 24 May 2023
Drama Wed, 6 May 2026

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Sarimah Ibrahim dalam Bila Cinta Menjadi Dosa paling mencuri perhatian sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

error: Content is protected !!