Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 3, 2022 @ 5:23pm

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Menerusi sebuah hantaran di Instagram baru-baru ini, cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan membuat perkongsian yang dia akan menghadiahkan wang berjumlah RM10,000 untuk anak perempuannya, Serina Redzuawan bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran.

Hadiah tersebut diberikan kepada Serina yang juga merupakan seorang pelakon untuk mendekorasi rumah yang baru dibelinya.

“Dia kata dia tak mahu hadiah tapi saya dah janji dengannya nak beri set meja makan dan sofa baru untuk rumah baru yang dibelinya.

“Saya juga akan berinya karpet lama di rumah yang masih berada dalam keadaan baik. Guna la dari kena beli yang baru.

“Saya juga bantu mereka menyumbangkan sedikit wang untuk mereka bina kabinet dapur. Jadilah sumbangan daripada bapa. Rezeki saya adalah rezeki anak-anak juga.

“Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi RM10,000 lagi for your other home accessories, lightings and fittings etc. That will be my birthday gift for you.” tulis Chef Wan di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Kongsi Chef Wan lagi, dia bukan sahaja membantu Serina malah anak lelakinya, Chef Riz juga turut dibantu serba sedikit untuk memasuki rumah baharu tidak lama lagi.

Chef Wan menyatakan yang dia bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak-anak walaupun kini mereka sudah besar dan telah mendirikan rumah tangga.

“Macam ni la tanggungjawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik mahu membantu.

“Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan. Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadilah,” tulisnya lagi.

Selain itu, Chef Wan juga turut meluahkan yang dia tidak gemar jika menantu atau anaknya sendiri tidak ada sifat bertanggungjawab terhadap rumah tangga masing-masing.

“Saya tak suka jika dapat menantu ataupun anak sendiri yang tidak bertanggungjawab kepada rumah tangga masing-masing,” ujarnya.

Menerusi entri tersebut Chef Wan memberitahu bahawa dia tidak peduli jika ada yang menganggap dirinya menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang dibuat termasuk menjaga arwah bekas isterinya yang sakit sebelum ini.

Apa yang lebih penting baginya ialah mendapat reda Allah bukannya meminta pujian daripada manusia. Beliau hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sebaik dan semampu mungkin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Kalau Risteena hamil mesti diorang akan umum nanti! Sabar ye

Trending Wed, 11 Sep 2019

Terlaksana Sudah Hutang Berbulan Madu

Lama tak dengar berita tentang Datuk Lee Chong Wei

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Isu Tuntutan RM1.3 Juta Intan Najuwa: Rizman Ruzaini Enggan Ulas Lanjut, Hormati Proses Mahkamah

Intan Najuwa tuntut RM1.3 juta, Rizman Ruzaini pilih hormati proses mahkamah.

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐

Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

error: Content is protected !!