Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 20, 2018 @ 12:00pm

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Wanita dan membeli-belah memang tak dapat dipisahkan. Lagipun, ia boleh menjadi terapi untuk diri selepas penat melakukan kerja harian.

Dan menjadi lumrah pada setiap bulan, anda pasti akan pergi ke pasaraya untuk membeli stok makanan dan kelengkapan rumah. Di sinilah bahayanya, apabila anda membeli barangan lebih daripada keperluan dan berlakulah pembaziran yang tidak diingini.

Foto: iStock

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis. Jadi, bagaimana anda hendak membeli-belah dan pada masa sama boleh jimatkan duit anda? Jom ketahui 6 tip yang boleh mengurangkan poket anda daripada robek.

1. Buat senarai terperinci barangan yang diperlukan

Foto: Get Healthy Get Hot

Penulis pasti ramai wanita yang membuat senarai sebelum ke pasaraya kan? Namun, penulis percaya bila dah sampai ke pasaraya, kertas senarai pun dah entah ke mana ditimbuni barang-barang yang tak sepatutnya anda beli.

Kunci utama, anda perlu PATUH dengan senarai yang anda tulis. Apabila masuk ke lorong barangan yang mempunyai pelbagai promosi dan tawaran hebat, jangan terperdaya. Tetapkan hati anda dan beli apa yang perlu sahaja.

2. Elak pergi ke pasaraya dengan perut kosong

Secara psikologinya, anda akan cenderung untuk membeli makanan yang ‘mengarut’ apabila sedang lapar. Menurut kajian Universiti of Minnesota, rasa lapar mampu meningkatkan nafsu dan keinginan untuk memiliki bukan saja produk makanan, malah objek bukan makanan.

Justeru, pastikan anda isi perut anda terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah agar anda dapat mengekang diri daripada membeli tanpa berfikir panjang, terutama barang yang langsung tiada dalam senarai anda.

3. Jalan terus ke sudut produk yang perlu

Foto: Mirror

Biasalah, nama pun shopping, mestilah kita akan jalan-jalan dulu satu pasaraya. Kalau boleh setiap lorong nak masuk. Elakkan rutin sebegitu kerana kebarangkalian untuk anda beli barangan yang tidak perlu memang tinggi.

Seafdalnya, terus pergi ke lorong atau sudut yang menjual barangan yang anda perlu sahaja. Jimat masa, jimat duit. Badan pun tak penat.

4. Jangan terperdaya dengan produk pada paras mata

Foto: Mirror

Ini adalah fakta yang ramai tidak tahu. Kebanyakan pasaraya akan meletakkan produk yang lebih mahal, baru atau popular pada paras mata untuk meningkatkan jumlah jualan.

Jadi, lihatlah produk di paras atas atau bawah terlebih dahulu untuk mencari alternatif yang lebih murah.

5. Elak guna troli

Foto: Parade

Secara psikologi, lagi besar ruang, lagi banyak barang yang dibeli. Selagi tidak penuh troli, selagi itulah kita cuba untuk mengisinya. Sebaiknya, jika anda rasa barangan yang hendak dibeli tidak banyak, guna sahaja bakul.

6. Semak semula belian sebelum bayar

Foto: Daily Record

Belek dan tengok semula troli atau bakul belian anda sebelum anda pergi ke lorong bayaran. Fikir semula sama ada anda betul-betul perlukan barangan tersebut. Pada masa inilah, anda kena hati kering.

Sumber: Her Inspirasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 May 2024

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Moga penjenayah dapat ditangkap dengan kadar segera💪🔥

Featured Mon, 19 May 2025
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022

“So I’m A Chef Now?” – Buat Dessert Depan Gordon Ramsay, Athisha Khan Berjaya Jadi Juara!

Personaliti media sosial, Athisha Khan berpeluang menyertai sesi khas cara menyediakan pencuci mulut bersama cef antarabangsa popular, Gordon Ramsay. Menerusi perkongsian di Instagram, adik kepada pengacara Neelofa ini mewakili pencipta kandungan Malaysia menyertai sesi khas […]

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Dunia Akhirat Saya Ada RM28 Je”- Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan

zar Azmi berkongsi detik paling sukar dalam hidupnya apabila mendedahkan pernah berada di titik terendah sehingga hanya memiliki RM28 selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

error: Content is protected !!