Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 5, 2023 @ 2:18pm

Ruhainies Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Utamakan Keluarga Dahulu – “Saya Tak Terbuka Hati Lagi Untuk…”

“Saya serah pada Allah dan jodoh, kalau ada, adalah, kalau sebaliknya, saya relaks sahaja,” demikian respons pelakon cantik Ruhainies apabila disoal mengenai jodoh.

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia tidak terburu-buru dalam soal jodoh biarpun usianya kini mencecah 30 tahun, namun lebih mengutamakan masa bersama keluarga.

“Saya bukan dalam fasa yang terkejar-kejar untuk ke arah itu. Sekarang ini saya nak chill dulu sebab saya ada banyak perkara yang saya nak tunaikan untuk keluarga.

“Saya tak rasa tertekan sebab zaman sekarang dah moden, kalau dahulu orang akan pandang serong tapi saya dan peminat tahu tentang karier saya. Saya rasa nak bercinta pun tak sempat. Nak bahagikan masa dengan ibu bapa pun saya kena tetapkan pertemuan.

“Saya juga rasa tak terbuka hati lagi untuk mendirikan rumah tangga. Tak tahu kenapa, mungkin saya rasa saya makin muda mungkin,” seloroh Ruhainies.

Ruhainies ditemui pada majlis berbuka puasa sesuci Ramadan bersama Ruhainies, Zaki Yamani, Rizal Rasid & Aiman Zaidi, di ibu kota, baru-baru ini.

Jika ditakdirkan bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai, pelakon drama Sayang Tak Dikenang ini tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman bujangnya itu.

Malah, tidak mahu membuang masa untuk bercinta dan menganggap percintaan selepas nikah itu sangat manis.

“Saya rasa nak bercinta selepas kahwinlah, saya rasa itu lagi ‘sweet’. Sejujurnya saya pun tak tahu, saya serahkan semuanya pada jodoh.

“Kalau saya terbuka hati pada seseorang, saya perlu tengok usaha dia juga dan kalau okey saya akan ke fasa seterusnya.

“Saya rasa nak bercinta itu buang masa, kita bukan budak-budak lagi,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies pernah terpalit dengan dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan anak ahli politik gara-gara turun berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, namun menafikan dakwaan tersebut.

Terbaharu, Ruhainies bakal tampil bersama Daniel Fong dalam drama berjudul Bintang di Slot Lestary, TV3  bermula 6 April setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Oct 2021

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5 – Undian Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak Tidak Diaudit

Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 mengumumkan undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34 iaitu tiga artis dalam kategori solo iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular […]

Featured Wed, 22 Apr 2020

KKM kesan kluster baharu Pengerang berpunca daripada amalan berkunjung

Kekal duduk di rumah elak penularan baharu COVID-19

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Happy Birthday Hael!

Selamat Hari Jadi Hael!

Trending Mon, 13 Apr 2026

Beralih Hobi Tanam Sayur, Amyra Rosli Syukur Amar Baharin Lebih Gembira – “Macam-Macam Sayur Dia Tanam, Ada Pegaga, Kobis, Ulam Raja…”

Pelakon dan pengacara Nona TV3, Amyra Rosli berkongsi honi terkini suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

新人「他·表哥」典礼快闪全程不露脸!首次公开与林可欣演出

史上最大牌新人 「他·表哥」典礼快闪全程不露脸,首次公开神秘演出与林可欣反转抖音神曲嗨爆全场。

error: Content is protected !!