Euforia Bola 2026
OMG By: Aisyah Badrul April 30, 2020 @ 1:29pm

Lelaki Di India Nekad Potong Lidah Harap Covid-19 Akan Berakhir

Mungkin kedengaran pelik apabila seseorang individu sanggup mencederakan diri sendiri hanya untuk berharap dan mendoakan sesuatu perkara. Namun perkara ini benar-benar terjadi di negara India apabila seorang pemuda nekad memotong lidahnya demi memujuk dewa untuk menghentikan pandemik Covid-19.

Lelaki yang dikenali sebagai Vivek Sharma ini telah memotong lidahnya di kuil Bhavani untuk ditawarkan kepada Dewa Kali Mata. Dia bertindak melakukan demikian kerana terlalu kecewa tidak dapat pulang ke kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Vivek bekerja sebagai pengukir kayu di kuil itu bersama lapan orang lagi rakannya. Sebelum kejadian, Vivek telah memberitahu rakannya untuk keluar ke pasar namun dia tidak kembali selepas itu.

Tidak pulang selepas keluar

Selepas beberapa jam, rakan-rakan Vivek menghubungi telefon Vivek dan apa yang mengejutkan, individu lain telah mengangkat panggilan tersebut dan memaklumkan bahawa Vivek ditemui dalam kedaan tidak sedarkan diri di kuil dan lidahnya sudah terputus.

Vivek dikejarkan ke hospital dan doktor cuba menyambungkan semula lidahnya namun tidak pasti sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. Kemungkinan besar Vivek akan menjadi bisu seumur hidupnya.

Tindakan yang memakan diri sendiri

Menurut pihak polis, Vivek bertindak melakukan perkara tersebut kerana berharap pandemik Covid-19 akan berakhir secepat mungkin. Rakan Vivek mendedahkan bahawa pemuda itu merupakan pemuja Dewa Kali Mata dan dia sangat taat dengan Dewa itu.

Kasihan Vivek. Tidak dinafikan Tempoh Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mental dan fizikal kita.

Namun kita semua harus bersabar dan berdoa supaya pandemik ini segera berakhir. Jangan lakukan perkara pelik-pelik ya.

Sumber: Times Of India

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Tue, 16 May 2023

“Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

“Paling semak bila dia fikir gambar dia je kena lawa” – Tiz Zaqyah 😌

Featured Mon, 19 Sep 2022

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Zara Zya nak bawa kelainan dalam lakonan

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Wed, 3 Aug 2022

7 Video Lucah Individu Mirip Vokalis Lelaki Popular Tersebar, Rakam Aksi S*ks Melampau!

Nohhhhh ghisau! Biar betul ni? Agak-agak siapa eh? 👀

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪

error: Content is protected !!