Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 12, 2019 @ 4:00pm

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Penyanyi dan pelakon, Ezlynn, 37, mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa asing.

Katanya, mereka sudah lama berkawan, namun dia belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai perancangan membawa hubungan berkenaan ke peringkat lebih serius.

“Biarlah dia menunjukkan kesungguhan jika ingin membawa hubungan ini lebih jauh. Jadi, saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

“Saya juga tidak mahu dia menukar agama semata-mata untuk berkahwin, sebaliknya biarlah keputusan itu dibuat kerana cintakan Islam,” katanya ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Koleksi Musim Bunga dan Panas Alike 2020 di Istana Budaya, di sini.

Ezlynn berkata, dia tentunya serik dengan dengan kegagalan perkahwinan lalu dan bukan mudah untuknya mencari calon suami, ketika ini.

“Tipu jika saya katakan tidak mahu berumah tangga kerana pada usia sekarang, saya mahu kembali berkeluarga dan menimang cahaya mata. Namun, saya menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Dialah sebaik-baik perancang.

“Paling utama, seorang suami perlu maklum mengenai tanggungjawabnya mencari rezeki, begitu juga dengan isteri bersama tanggungjawabnya sendiri,” kata penyanyi lagu Goyang itu kepada BH Online.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy, yang juga bekas pengurusnya, pada 20 November 2011. Mereka bercerai pada Oktober 2017.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Sun, 14 Dec 2025
Featured Thu, 25 Nov 2021

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin. Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka. […]

Hiburan Sun, 26 Jan 2025

Terima Mas Kahwin 300 Dollar Brunei, Anis Al Idrus Selamat Bernikah

Tahniah Anis Al Idrus, selamat pengantin baru!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

error: Content is protected !!