Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 15, 2023 @ 8:41pm

Nabila Huda Kesal Dianiaya Sahabat Penuh Hasad Dengki – “But B*tch, Nice Try! Memfitnah Untuk Tabur Pasir Dalam…”

Ciapan terkini pengacara dan pelakon berkaliber, Nabila Huda meraih perhatian ramai selepas meluahkan rasa berang terhadap individu yang dipercayai merupakan rakan baiknya.

Lebih mengejutkan, individu tersebut dikatakan telah memburukkan Nabila serta penuh dengan rasa hasad dengki.

“Never ending story punya hasad dengki. You talk shit behind my back. Talking about the company di seberang, menfitnah untuk tabur pasir dalam periuk nasi sahabat sendiri..Terima kasih.

“But b*tch, nice try! Memaafkan lebih baik dari membalas. Inilah masalah bila kite terlalu baik, terlalu humble, terlalu senyum, dalam kita tak sedar, sahabat sendiri boleh iri hati dengan kita. Sahabat sendiri boleh menganiya kita. Nauzubillahiminzalik,” tulisnya.

Berdasarkan ciapan lain, pelakon filem Munafik itu seolah-olah mendapat berita tersebut menerusi individu lain yang telah memberinya amaran terlebih dahulu.

“Kita ni nak cerita pasal bangsa lain itu ini, agama lain itu ini. Tapi depan mata, Melayu sendiri nak jatuhkan melayu. Melayu sendiri yang dengki dengan sesama sendiri. Tak pernah nak berdamai. Ada je iri hati. Bila nak habis pun taktau lah.

“Tapi yang bagusnya orang-orang yang selalu dianiaya ni, dia tak perlu cari. Berita itu yang datang dengan sendiri di telinga tak kira lah berapa jauh pun. Tetap akan sampai. Alhamdulilah. Mungkin inilah keistimewaan orang yang teraniaya, dah dapat warning siap-siap,” ujarnya.

Jelas aktres filem Mama ini, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata dia boleh mendedahkan identiti individu berkenaan namun memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan yang telah menjadi tegang ini.

“Kalau ikutkan anytime je boleh bagi details satu persatu keburukan dan kelemahan sesiapa dengan niat untuk menjatuhkan. Tapi what for? Nak tambahkan musuh? Nak membenci sesama sendiri? Ishh, Useless nya hidup kalau ada perasaan kat atas ni. Sampai mati pun hidup tak dapat berkat.

“Jadi, teruskanlah apa niat kalian. Teruskan apa saja perasaan benci kalian, dirty business kalian.. because we’re good dan sentiasa akan terus begini. Forever humble, sentiasa menghormati. Akan kekal dengan tingkah laku ni sebab we chose passionate than to be rich,” katanya.

Di kesempatan itu, anak kepada penyanyi rock Datuk Amy Search turut memohon pengikutnya untuk percaya kepada rezeki yang telah tertulis oleh Sang Pencipta.

“Percayalah, rezeki tu datang dengan pelbagai cara. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Kadang rezeki tu milik kita.  Kadang rezeki tu untuk dikongsikan. Ada jugak rezeki bukan milik kita… Tak perlu ada rasa iri hati tu. It’s not healthy at all,” akhrinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau – Shakilla Khoriri

TECH Tue, 27 Feb 2018

Cipta Emoji Sendiri Melalui Telefon Pintar

Keistimewaanya, peranti kali ini dilengkapi dengan emoji AR yang lebih realistik  sehingga pengguna boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

Trending Sun, 16 Jan 2022

Tya Arifin Teruja Dapat Makan Semeja Dengan Vincent Tan

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa teruja selepas dirinya dan suami, Asyraf Khalid dapat bertemu ahli perniagaan yang disegani ramai, Tan Sri Vincent Tan tempoh hari. Ujar pelantun lagu Bagai Mutiara, dia berkesempatan […]

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

BTS Gains More Fame While Impersonator Fools People on the Streets of Seattle

BTS continuously becomes more successful to the point where someone faked being one of the members.

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Setiap Manusia Buat Silap, Beri Saya Peluang Kedua…

Saya bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada hari Jumaat bagi mengetahui masalah sebenar sama ada menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.

error: Content is protected !!