Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 20, 2024 @ 12:11pm

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Setelah dua minggu kes simbah asid membabitkan pemain tunggak Selangor FC, Faisal Halim, pihak polis akhirnya mendedahkan lakaran fotofit suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek.

“Suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

 

Tegasnya lagi, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.

Terdahulu, Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badannya.

Malah, dia juga terpaksa menjalani proses ‘split skin graft’ (SSG) di mana kulit di bahagian paha atau pinggulnya diambil untuk menutup kesan lecur akibat simbahan asid sulfurik pekat pada anggota badannya yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

ARTIKEL BERKAITAN: Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan […]

Trending Fri, 5 Jan 2024

Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham Hamdan Ramli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Berniagalah Dengan Betul” – Siti Nurhaliza Berang Gambarnya & Suami Jadi Bahan Iklan Palsu

Siti Nurhaliza terkilan segelintir peniaga berniaga menggunakan iklan palsu yang mengaitkan dirinya dan suami.

Trending Fri, 6 Mar 2020
error: Content is protected !!