Featured By: Atiqah Johari May 6, 2024 @ 1:57pm

Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Umum mengetahui mengenai insiden yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid pada Ahad petang.

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Melecur Tahap 2 Pada Badan

Memetik laporan Harian Metro, dua individu yang menaiki motosikal sempat mengucapkan ‘good luck’ kepadanya sebelum menyimbah asid ke arahnya.

Faisal ketika itu keluar bersama keluarganya di sebuah pusat beli-belah di Damansara sebelum dua individu itu menghampirinya.

Berdasarkan semakan nombor pendaftaran, motosikal tersebut adalah kenderaan curi dan nombor kenderaan adalah palsu.

Menurut sumber lagi, dua individu tersebut mensasarkan asid ke muka Faisal namun sempat dielak.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia,” katanya.

Kongsinya, isteri Faisal turut terkena percikan asid pada bahagian tangan namun status keadaannya tidak dipastikan.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

“Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Sep 2019

Is Someone Playing Jumanji Again In Terengganu?

First, tigers and ocra and now a black panther?

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Tue, 17 Sep 2019

Kimono daripada tali pinggang keledar, bukan saja cantik tapi genius!

Gabungan Biji Biji x T Syahmi memang luar biasa!

Selebriti Mon, 25 Sep 2023