Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 8, 2023 @ 4:45pm

Rumah Tangga Didakwa Goyah Selepas 2 Tahun Kahwin, Nora Ariffin Tampil Beri Respons

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50, tampil membuka mulut apabila terdapat dakwaan yang mengatakan hubungan rumah tangganya bersama suami Dr Rushdi Ramli sedang goyah.

Menurut laporan Harian Metro, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami dan keluarga yang sentiasa menyokonganya biarpun usianya kini mencecah 50-an.

“Alhamdulillah. Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami, anak-anak, menantu yang banyak menyokong termasuk cucu yang menghiburkan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai dakwaan-dakwaan jahat tersebut, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini enggan mengambil pusing terhadap dakwaan tersebut sebaliknya mahu menyibukkan diri dengan pelbagai perkara.

“Allahuakbar. Saya tak pasti, apapun dalam usia begini, saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya,” jelasnya.

Terdahulu, terdapat dakwaan yang mendakwa rumah tangga penyanyi ini sedang berantakan.

Pada Disember 2021, Nora tampil mengumumkan dia sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

Biarpun berkongsi berita gembira tersebut kepada umum, namun dia tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali

Nabila berkata nyanyian seharusnya dinilai menerusi vokal dan suara penyanyi tersebut, bukan kisah peribadi yang dilaluinya.

Selebriti Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Maher Zain Tak Lupa Palestin, Dedikasi Empat Lagu Dalam Konsert KL

Maher Zain konsert pertama jelajah Asia Tenggara

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Tue, 15 May 2018

《原制原创大满秀》让“原制原创”与你说「520」

2018年《原制原创大满秀》将于5月19及20日,早上10时至晚上10时在蒲种IOI购物广场(IOI Mall Puchong)South Court盛大举行!

error: Content is protected !!