Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2024 @ 2:43pm

Syukur Semakin Pulih, Nonny Nadirah Harap Individu Hantar Sihir Segera Bertaubat – “Saya Tahu Siapa Yang Buat”

Pelakon, Nonny Nadirah mengakui dia mengenali individu yang membuat perbuatan terkutuk dengan menghantar sihir kepadanya selama tiga tahun itu.

Memetik laporan Harian Metro, Nonny bagaimanapun berharap individu tersebut segera bertaubat dan akan memaafkan perbuatan kejinya itu.

“Ya saya kenal dia. Saya mendoakan semoga dia kembali ke pangkal jalan. Selagi dia tidak bertaubat di atas segala perbuatan itu, dia akan menerima pembalasannya nanti.

“Jika dia bertaubat, saya akan maafkan segala kesalahannya di dunia dan akhirat,” katanya.

Nonny Nadirah

Sementara itu, Nonny yang semakin pulih itu berkata dia merawat gangguan sihir ini dengan berjumpa perubatan Islam serta mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

“Alhamdulillah, saya dah makin pulih dari gangguan sihir. Memang saya sudah pergi berubat dengan cara perubatan Islam sebelum ini. Selepas itu, saya sendiri belajar merawat diri sendiri dengan bacaan ayat-ayat al-Quran tanpa bergantung pada orang lain.

“Dengan izin Allah semuanya kembali normal. Kini saya mahu perbaiki diri dan tak putus mencari ilmu untuk menjadikan dirinya lebih baik dari yang sebelum ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nonny turut menjelaskan perubahan wajah menjadi senget juga berpunca daripada sihir, selain mengakui tidak berhijab angkara perbuatan syirik ini.

Sebelum ini, Nonny membuat pendedahan mengejut di Instagram miliknya memaklumkan menjadi mangsa sihir sehingga raut wajah menjadi senget serta tidak memakai tudung.

Artikel Berkaitan: Wajah Nonny Nadirah Senget Angkara Sihir – “Tak Akan Menyerah, Lawan Sampai Mati!”

Artikel Berkaitan: “Aku Merayu Terang-Terangan, Tolong Hilangkan Gangguan Ini” – Nonny Nadirah Dedah 3 Tahun Berdepan Sihir

Artikel Berkaitan: “Sekatlah Aku Sampai Mati, Aku Tak Peduli Syaitan!” – Mengaku Dah Tak Bertudung, Status IG Nonny Nadirah Cetus Tanda Tanya

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Kenapa Neelofa Minta Maaf

Neelofa minta maaf sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu

Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Suara Sumbang Ke Apa, Yang Penting Rajin” – Sharifah Shahirah Beri Semangat Pada Auddra & Airra

Shahirah atau mesra disapa Shiera menasihatkan anak-anaknya agar terus berusaha

error: Content is protected !!