Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 8, 2023 @ 12:05pm

“Saya Taknak Jadi Bahan Social Media” – Anju Akui Masih Sayang Bekas Tunang

Sejak mengumumkan tali pertunangannya sudah terputus, pelakon Zarina Anjoulie kerap menjadi perhatian ramai.

Malah, segala perkongsiannya menerusi media sosial turut tular kerana kebanyakkan warganet ingin mengetahui punca terlerainya hubungan aktres itu bersama Datuk Seri Khazrul Ezley.

ARTIKEL BERKAITAN: “Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan pelakon itu mengakui dirinya masih menyayangi anak dan bekas tunangnya itu.

Menurut Anju, dia sentiasa terbuka untuk memulihkan keadaan sekiranya bekas tunangnya itu kembali mencarinya serta tidak menjadikannya sebagai bahan content di media sosial.

“Kalau orang tu sayang kita, dia tahulah nak cari kita kat mana. Saya taknak jadi bahan social media semata-mata. Saya ikhlas cakap ni papa.

“Kalau awak tengok live ni, saya nak awak tahu saya sentiasa sayang awak, sentiasa sayang Pova. Kalau papa sayang saya, awak tahulah nak cari saya kat mana itu je. Tolaklah tepi ego tu, penatlah dengan ego ni,” katanya.

Dalam pada itu, Anju juga sempat memujuk bekas tunangnya itu agar mengetepikan egonya yang dianggap menjadi perosak hubungan yang telah mereka bina.

“Ego ni saya cakap, benda ni pesanan kat diri saya sendiri juga. Kalau saya ego pun, saya tak dengan awak. Saya bertunang dan kahwin dengan orang lain, kalau saya ego pun tak jadi dengan lelaki baru ni dan seterusnya.

“Kalau awak pun ada ego, tak jadi dengan perempuan lain. Ego ni penghancur dan racun relationship. Mana-mana relationship pun tak akan menjadi kalau ada ego,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Sebelum ini, aktres itu juga menyatakan dirinya memerlukan ruang untuk sembuh dari rasa kecewa dan sedih yang sedang dialaminya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hope You Bersabar Dengan Dugaan” – Zarina Anjoulie Kongsi Perbualan Whatsapp Bersama Zoey Rahman

ARTIKEL BERKAITAN: Beri ‘Hint’ Telah Putus Tunang, Netizen Minta Khazrul Pujuk Semula Zarina Anjoulie – “Di Dunia Tak Ada Yang Sempurna”

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Hari Akan Ada Yang Boleh Terima Saya Seadanya Dengan Ikhlas…” – Masih ‘Struggle’ Untuk Berubah, Zarina Anjoulie Mohon Beri Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

Varian Omicron Semakin Aktif, Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan

Sebelum ini negara sudah bersiap siaga untuk hidup di dalam fasa endemik tetapi susulan dengan penularan varian Omicron, kerajaan terpaksa menangguhkan peralihan ke fasa endemik buat sementara waktu. Ini bagi memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan […]

Trending Mon, 4 Jan 2021
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Trending Mon, 21 Aug 2023

Jom Nikmati Keenakan Teh Tarik Ori Dari F&N Ini Sambil Tonton TikTok Awards MY 2023!

Tak lama lagi acara terbesar TikTok pada tahun ini iaitu TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah content creators yang akan dinobatkan sebagai pemenang.  Sambil layan TikTok […]

error: Content is protected !!