Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 23, 2022 @ 12:00pm

“That’s My Personal Choice!” – Tak Anggap Tatu Sebagai Halangan, Alicia Amin Mahu Lebih Profesional

Model dan pelakon sensasi, Alicia Amin antara yang pernah terpalit dengan kontroversi panas sehingga namanya menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, tindakannya menambah koleksi tatu di badan antara sebab kenapa wanita berusia 27 tahun ini sering mencuri perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN:Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

ARTIKEL BERKAITAN:Panas! Alicia Amin Tak Berbaju Lagi?

ARTIKEL BERKAITAN:Betul Ke Alicia Amin Tak Suka Pakai Bra?

ARTIKEL BERKAITAN:Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Semakin aktif berkecimpung dalam dunia lakonan, Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, tidak pernah menganggap bahawa tatu itu menjadi penghalang untuk dirinya maju setapak kehadapan terutamanya dalam industri hiburan tanah air.

Malah, dia lebih bersikap profesional terhadap pendapat dan pandangan sesetengah pihak apabila diminta untuk membawakan sesuatu watak.

“Setakat ini tawaran berlakon banyak, alhamdulillah.. tetapi untuk tatu, that’s me. Alicia Amin. That’s my personal choice.

“Tetapi untuk watak, like anything… you nak i pakai tudung ke, you nak i tunjuk tatu ke… for watak i will do lot’s of things. So, i rasa benda tu separate.

“If orang nak i tutup sepanjang masa untuk watak-watak yang diberikan, saya akan tutup. You know what i mean? Simple,” katanya kepada Xtra.

Tambahnya lagi, bersikap profesional dalam bidang seni adalah kunci utama untuk seseorang itu terus maju kehadapan dan bukannya dengan hanya memberi alasan.

Ini kerana, sebelum ini juga ada watak yang diberikan kepadanya meminta untuk beliau menutup atau ‘menutup’ tatu tersebut.

“Ada sesetengah memang saya akan touch up terutamanya pada watak-watak yang mereka minta saya cover. But, just being professional. Ia langsung tidak mengganggu,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perancangannya untuk berlakon ke peringkat antarabangsa, bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima ini juga mengakui tidak akan menolak sekiranya diberi peluang.

Bagaimanapun, Alicia akan meneliti skrip yang diberikan terlebih dahulu dan kepercayaannya terhadap watak yang akan dibawakannya nanti.

“Kalau ada rezeki saya akan pergi… tapi at the end of the day it’s all about skrip. Saya taknak pergi semata-mata sebab dia international.

“Saya rasa kalau orang suka lakonan saya so far, versus projek-projek yang saya akan ambik dulu… kerana bila saya baca skrip dan saya suka watak tu dan saya percaya saya boleh buat dan bawa walaupun cerita tu macam berbeza dari diri saya contohnya macam projek saya yang akan datang ni… tak kisah sama ada dia watak besar atau kecil, saya nak saya percaya dengan watak yang diberikan kepada saya itu yang penting,” ujarnya.

Alicia ditemui ketika majlis tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang berlangsung di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya.

Filem arahan Kyle A Halim ini turut dibintangi pelakon hebat seperti, Josiah Hogan, Syazuwan Hassan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud ini akan mula ditayangkan pada 24 Februari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Alicia Amin Selamat Nikahi Doktor, Jawab Dakwaan Netizen..

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik Buka Mata Ramai, Wani Kayrie Bakal Tonjolkan Sisi Berbeza!

Satu kejayaan yang membanggakan untuk Wani, Goodluck untuk Kamu Kamu 🤩

Featured Fri, 12 Nov 2021

Kadar Kebolehjangkitan Makin Meningkat, KKM Bimbang Jika…

Jangan tunggu pisang berbuah dua kali baru nak jaga SOP

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Beauty YouTuber NikkieTutorials Came Out As Transgender

Nikkie, or Nikkie De Jager revealed the truth after she claimed to have been blackmailed.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩

error: Content is protected !!