Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 14, 2022 @ 4:14pm

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai.

Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan.

Penerbit dan pengarah muda, Kyle A Halim mengakui cukup senang dengan sikap yang ditonjolkan oleh Alicia.

“Saya merupakan penerbit Kotaki Studios dan bakal muncul dengan filem bertemakan thriller dan seram arahan saya sendiri bertajuk The Disappearance of Irdina Adhwa (TDIA). Pada mulanya, saya mahu bekerja dengan pelakon lain.

“Namun, atas sebab yang tak dapat saya elakkan, saya terpaksa mencari pelakon lain dan pengurus produksi memberi cadangan untuk saya memberikan watak itu kepada Alicia. Saya terus bersetuju dan teruja mahu bekerjasama dengan Alicia.

“Bertemu dengan Alicia, persepsi yang ada itu hilang. Dia sangat komited dan sangat mesra. Dia juga baik hati. Apabila dia mengetahui saya berasal dari Sabah dan tinggal bersendirian ketika penggambaran berlangsung di Semenanjung, dia sering bertanyakan khabar saya,” katanya.

Tambah Kyle, dia juga kagum dengan kebolehan Alicia bertutur dalam dialek Sabah.

“Sejujurnya, saya terkejut kerana Alicia tidak berasal dari Sabah tetapi dia mampu bertutur dalam dialek Sabah dengan begitu baik. Karya ini menampilkan 20 peratus dialog dalam dialek Sabah dan selebihnya dalam bahasa Melayu.

“Biarpun sebelum ini ada kontroversi pernah dikaitkan dengan Alicia, ia tidak menjadi ukuran. Saya hanya mahukan pelakon yang boleh membawakan watak dengan baik. Ternyata dia merupakan seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai keperibadian yang baik,” katanya.

Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi serta Abbas Mahmoud dan bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Tue, 29 Sep 2020
Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul teruja dijemput ke kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Tak Ada Istilah Diam, PU Riz Perjelas Batas Tegur Adik Ipar

PU Riz tidak menafikan dirinya penat apabila sering dihujani dengan kritikan sedemikian

error: Content is protected !!