Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari April 1, 2024 @ 8:16pm

Padam MV Lagu Raya ‘Menggeletis’, Aliff Syukri Mohon Maaf, Netizen Perli: “Setiap Tahun Drama, Skrip Sama”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf berkaitan teaser muzik video lagu raya yang dimuat naiknya sebelum ini.

Aliff memuat naik video permohonan maaf dan menunjukkan bahawa dia telah memadam muzik video tersebut di Instagramnya.

“Kepada mak saya, kepada semua masyarakat netizen, netizen yang tengok video saya tu.

“Saya minta maaf daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki which is memang saya kecil hati.

“Saya dah buat susah-susah, saya dah bayar puluhan ribu penari, videografer semua tapi you all tak tengok pun lagi video klip tu dah kecam melampau-lampau dan menyebabkan saya ‘down’.

“Saya taknak bersedih, taknak marahkan sesiapa, saya salahkan kepada diri saya je. Saya dah delete video tu padahal banyak je lagi buat video yang pelik-pelik kat luar sana tapi tak jadi isu,” katanya.

Namun begitu, menjengah diruangan komen rata-rata warganet beranggapan usahawan tersebut sentiasa mencipta drama setiap tahun.

Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: “Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Trending Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Mawar Rashid Tidak Pilih Watak

Walaupun hanya memegang watak sampingan dalam drama Raisha 2 pada kali ini, nampaknya Mawar Rashid tetap memberikan yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mnet’s Under Fire Again, This Time It Happened Back Stage

When it comes to Mnet; another day, another drama.

Featured Thu, 27 Oct 2022
error: Content is protected !!