Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 5, 2023 @ 5:47pm

Tersipu Malu Video Call Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Sempat Usik Manja… Netizen Doa Moga Berjodoh – “Kamu Jangan Ketawa Tengok Aku…”

Sejak kebelakangan ini, hubungan pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dan aktor terkenal Indonesia, Andi Arsyil sering mencuri perhatian ramai di media sosial lebih-lebih lagi apabila mereka sering membuat siaran langsung bersama.

Berdasarkan sebuah video tular di platform TikTok, Puteri Sarah bukan sahaja menggelarkan Andi dengan panggilan ‘sayang’, malah reaksi wajahnya ketika ‘video call’ memaparkan wajahnya yang seakan sedang dilamun cinta.

Menerusi video tersebut, Puteri Sarah sedang membuat siaran langsung di TikTok menerima panggilan telefon daripada Andi, namun aktor filem Ketika Cinta Bertasbih itu mahu membuat panggilan video.

“I call you back boleh tak, give me 10 minutes okay? Kamu jangan ketawa lihat aku…,” ujarnya manja sambil ketawa.

“Iya boleh, ya udah. Aku ngak ketawa, aku memang penipu.. Ya udah, daa (bye),” jawab Andi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan yang terbaik buat Puteri Sarah dan Andi.

Ramai dalam kalangan netizen mahu melihat Puteri Sarah bahagia bersama lelaki yang akan lebih menghargainya selepas rumah tangganya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof terlerai pada Ogos lalu.

Puteri Sarah

Puteri Sarah

Sebelum ini, perkongsian Puteri Sarah di Instagram yang bermain filter ramalan 2024 mengatakan dia bakal bertunang.

Aktres drama Suri Hati itu bagaimanapun menganggap perkara tersebut hanya gurauan, namun tidak menolak sekiranya benar dia akan bertunang kelak.

Artikel Berkaitan: Main ‘Filter’ Ramal Bakal Bertunang Tahun 2024, Puteri Sarah Tampil Beri Respons – “Kalau Ada Jodoh Adalah…”

Terdahulu, kelibat Andi yang hadir memberi sokongan ke sebuah program acara lawak spontan yang dilakonkan oleh Puteri Sarah meraih tumpuan ramai.

Artikel Berkaitan: Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

Artikel Berkaitan: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

Artikel Berkaitan: “Jangan Rendahkan Martabat Hanya Kerana Orang Lain Minta Berbuat Demikian” – Puteri Sarah Tuju Pada Siapa Tu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

Datuk Aaron Aziz adalah antara artis yang bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) tidak lama lagi.

Featured Wed, 18 Oct 2023
Events Thu, 9 Jan 2020

Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar!

Hiburan Tue, 7 May 2024
Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka

Hiburan Fri, 15 Aug 2025
error: Content is protected !!