Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 13, 2025 @ 10:48am

Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

Pelakon dan usahawan, Datuk Aaron Aziz adalah antara artis yang bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) tidak lama lagi.

Anugerah ini diberikan bagi menghargai pencapaian dan bakat Aaron dalam dunia seni serta dunia perniagaan.

Sebelum ini DPDDM juga telah menganjurkan Anugerah Usahawan Madani 2024 sebuah acara yang meraikan 60 tokoh keusahawanan negara dari pelbagai bidang.

Pada majlis tersebut pelakon popular Maya Karin yang sebelum ini telah menerima anugerah juga akan hadir sebagai tetamu kehormat.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, selepas Covid-19 melanda, masih ramai yang terkesan hingga sekarang ini.

“Selain untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, kami juga ingin membantu mereka untuk keluar dari kemelut ekonomi dengan bantuan kerajaan Madani sekarang ini.

“Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia juga bagi mengangkat martabat artis untuk terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

“Kami harap dengan anugerah ini dapat dijadikan jambatan untuk mereka terus membina kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sekurang-kurangnya bila tidak berlakon atau menyanyi seseorang artis itu dapat meneruskan usaha mereka menjadi usahawan.

“Selain membantu ahli, kami juga turut membantu usahawan muda untuk terus berjaya dengan pelbagai bantuan yang boleh kami tawarkan. Galakan dan inspirasi ini merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir.

“Kami juga menyasarkan untuk melahirkan 1000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui pelbagai kaedah dan platform yang telah dirancang,” katanya.

Sebelum ini beberapa artis turut menerima Anugerah Usahawan Madani & Selebriti Negara. Antara penerima Anugerah Madani dan selebriti negara adalah Maya Karin, Datuk Ifa Raziah, Datuk N.D.Lala, Poey Sting, Keena Mentor, Halim Othman, Datuk Ayu Putih, Nazeera Sardi, Datuk Malek Reduan, Datin Ira Ghani dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu Nor Hasnal turut berkongsi perancangan masa depan DPDDM yang akan bekerjasama dengan syarikat Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk melaksanakan beberapa projek.

“Ada dua Projek Usahawan Vending Machines DPDDM akan melibatkan 1000 usahawan, termasuk ahli-ahli dan golongan B40 untuk menyertai projek ini. Pembiayaan akan disediakan oleh DPDDM bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan golongan B40.

“Bagi Projek Usahawan Agro Tani, DPDDM akan membuka peluang kepada ahli-ahli untuk menyertai latihan bersama INSKEN bagi mengusahakan tanaman Halia Bentong melalui kaedah kontrak pertanian. Sebagai permulaan kawasan pertanian seluas 100 hektar, dikenali sebagai Halia City akan diwujudkan.

“Tapak ini akan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) terkini bagi meningkatkan hasil tanaman dan memberi pulangan lumayan kepada para peserta. Projek-projek ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan dan membangunkan ekonomi usahawan tempatan,” ujarnya yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang kaya dengan pengeluaran halia yang dinamakan Halia Emas.

Selain itu, DPDDM bekerjasama dengan Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk Projek Usahawan Vending Machines bagi membantu golongan B40 serta Projek Usahawan Agro Tani yang melibatkan latihan bersama INSKEN untuk mengusahakan tanaman Halia Bentong di kawasan seluas 100 hektar menggunakan teknologi IoT.

Tambahan lagi, DPDDM turut bekerjasama dengan RESKILLS bagi menyediakan sistem pembelajaran dalam talian percuma kepada pelajar, sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan madani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham yang tular membabitkan dirinya & Uqasha Senrose.

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Pilih Lelaki 11 Tahun Muda, Ini Jawapan Ibu Priyanka Chopra

Menurut media tempatan India, ketika diajukan soalan kepada Madhu, beliau memberi jawapan ringkas namun mendalam.

Trending Wed, 5 May 2021

Lan Pet Pet Didakwa Pukul Abang Rider, Saiful Apek Mohon Orang Ramai Tak Jatuhkan Hukuman

Pelawak Saiful Apek mendedahkan dia belum lagi berhubung dengan sahabatnya, pelawak Lan Pet Pet yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini. Menurut Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, pada awalnya dia tidak mengetahui […]

Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

Yuna Jawab Soalan ‘Bila Nak Ada Anak?’

Insha Allah, tak lama lagi tu… Amin!

Hiburan Wed, 16 May 2018

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Siti akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

error: Content is protected !!