Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA September 4, 2024 @ 2:10pm

Perkasa Muzik Borneo… Marsha Milan, Velvet Aduk & Alena Murang Tak Sangka Diberi Peluang Ke Pentas DFP

Tiga jelitawan Borneo, Marsha Milan, Velvet Aduk & Alena Murang tak sangka diberi peluang untuk beraksi di konsert Sounds Of Borneo yang akan berlangsung pada 7 September depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Dihubungi pihak Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sendiri, ini merupakan konsert pertama di DFP yang mengangkat lagu-lagu bernuansa Borneo.

Menurut Marsha dan Velvet yang kini sudah mempunyai enam lagu bertemakan Sabah, tawaran yang datang ibarat bulan jatuh ke riba.

“Sejujurnya, saya dan Velvet rasa macam tak percaya. Seperti mimpi apabila dihubungi pihak MPO dan kami ditawarkan untuk membuat persembahan di pentas berprestij DFP.

“Usaha kami mempromosikan lagu-lagu Sabah membuahkan hasil dan akhirnya, kami dapat mempersembahkan muzik dan budaya negeri kelahiran kami dalam skala besar. Kami gementar dan teruja,” kata Marsha.

Dalam pada itu, Alena yang bakal menyanyi sambil bermain sape teruja untuk beraksi di pentas berprestij itu.

“Sejak awal penglibatan, saya mahu meletakkan muzik budaya Sarawak ke satu tempat istimewa. Tak sangka saya diberi peluang sebegini oleh DFP untuk memanggung bersama kumpulan muzik orkestra di bawah kendalian konduktur Luqman Aziz.

“Saya teruja dan tak sabar nak melihat hasil gabungan muzik tradisional bersama orkestra. Walaupun ada cabaran untuk menggabungkan muzik sape dengan orkestra, saya pasti ia akan menjadi sesuatu yang menarik,” katanya.

Antara lagu yang akan dipersembahkan termasuk Gitu’an, Pemung Jae, Sumandak Sabah, Insan Tadau, Panaon, Aramaitii, Panaon, Bejugit Betanda Menari dan lagu-lagu rakyat seperti Meno, Midang Midang, Jambatan Tamparuli, Put Burui, Datun Julud dan Puteri Santubong.

Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM158 sehingga RM388. Untuk informasi lanjut serta pembelian tiket, layari www.mpo.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Featured Tue, 23 May 2023

“Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Aqish kata aktres wanita muda selalu buat content cringe.. siapa tu ek? 🥵😌

Featured Sat, 1 Mar 2025

15 Tahun Berkarya, Kumpulan Fourtwnty Secara Rasmi Umum ‘Berehat’

Kumpulan indie yang terkenal dengan lagu healing nya ini mengambil keputusan untuk berehat 🙁

error: Content is protected !!