Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 2, 2020 @ 5:35pm

“I See Him As My Future Husband…” Sweet! Mira Filzah Puji Bakal Suami

Pastinya peminat setia pelakon popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini sudah tidak sabar untuk melihat Mira Filzah melangsungkan perkahwinan beliau bersama jejaka pilihan hati bukan?

Kalau sebelum ini Mira tampil dengan majlis khatam Al-Quran bersama adik beliau yang telah selamat diijabkabulkan pada minggu lalu, kali ini beliau pula tampil dengan pengumuman tarikh perkahwinan bersama Wan Emir Astar.

Akhiri zaman bujang minggu ini

Menerusi temubual yang dilakukan bersama krew penerbitan Wanita Hari Ini TV3, Mira Filzah bakal menamatkan zaman bujangnya minggu ini iaitu seminggu selepas tarikh majlis Khatam Al-Quran yang dilakukan.

Dan, buat peminat setia Mira Filzah jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan siaran secara langsung majlis perkahwinan yang dianggap sebagai Wedding of the year ini menerusi siaran televisyen rasmi kami iaitu TV3.

Majlis dekat-dekat

Menurut Mira, majlis perkahwinan beliau terpaksa diawalkan memandangkan kakak sulung beliau menetap di luar negara dan sukar untuk pulang dengan kerap jadi, perkara ini telahpun dipertimbangkan oleh keluarga untuk adakan majlis selang beberapa hari dari adik beliau.

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Pelakon ini juga memaklumkan, segala persiapan perkahwinan beliau berjalan dengan lancar dan memohon doa yang baik-baik dari peminat beliau agar segalanya dipermudahkan.

Karakter bakal suami yang buat Mira Filzah jatuh hati…

Dalam temubual tersebut juga, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman ini sempat berkongsi tiga perkara yang membuatkan beliau terpaut hati dengan jejaka pilihan beliau ini.

Antaranya ialah, Mira menyifatkan Wan Emir sebagai seorang yang disenangi ramai, bertanggungjawab, soft spoken, dan banyak lagi.

” Karakter, karakter, karakter. Dia seorang yang disenangi ramai, soft spoken, bertanggungjawab, anak sulung kepada empat adik beradik after arwah papa meninggal pun dia yang takeover everything. And, i see him as my future husband and my future father to my kids…”

Wah, sweet je kan? Tak sabar nak saksikan majlis perkahwinan merpati dua sejoli ni nanti. Buta korang kat rumah tu, stay tuned okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 May 2020
Featured Fri, 30 Sep 2022

Didakwa Belasah & Curang Terhadap Isteri Dengan Lelaki Lain, Pelakon Terkenal Dituduh Biseksual?

Dah la curang dengan lelaki lain 😱 Pastu belasah pulak si isteri, aduhai perangai sungguh! 😤 Siapa eh agak-agak?

Featured Fri, 19 Dec 2025

“Semoga Allah Baluti Awak Dengan Kasih Sayang & Kebahagiaan” – Hatta Dolmat Titip Semangat Buat Uqasha Senrose

Hatta mendoakan agar Uqasha terus dikelilingi kasih sayang dan kebahagiaan.

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Terima Kasih Selama Ni Jaga Makan & Sakit Aku” – Hubungan Persahabatan 2 Remaja Undang Cemburu Netizen

Tular sebuah video persahabatan dua orang remaja telah meraih perhatian warganet di media sosial. Dijaga oleh kawannya ketika sedang sakit, Fariz melahirkan rasa syukur mempunyai teman yang baik.. Aksi dimandikan oleh sahabatnya ketika Fariz sedang […]

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Trending Sat, 6 Feb 2021

7,000 Ahli SENIMAN Mohon Tetapkan SOP Penggambaran

Ramai juga yang mohon SOP penggambaran dipercepatkan

Hiburan Tue, 12 Aug 2025
error: Content is protected !!