Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2025 @ 10:27am

Sanggup Bergadai Demi Anak, Ibu Anna Jobling Rasa Terhina Dakwa Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’?

Hubungan dingin antara pelakon popular, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, terus menjadi topik hangat di media sosial apabila Ariz tampil meluahkan rasa kecewa dan terhina.

Menerusi video di Instagram Story (IGs), Ariz dilihat menangis teresak-esak di hadapan sebuah Balai Polis sambil mendakwa dirinya dilayan seperti ‘anjing kurap’ oleh anak yang pernah dibelanya sepenuh hati.

“Adik dah famous, jangan lupa diri. Tapi tergamak dia… Walaupun bagi duit, dia ingat boleh layan saya macam ni?

“Saya bergadai, bergolok, jual kereta dan barang kemas semata-mata nak hidup dengan dia semula di Kuala Lumpur,” dakwanya.

Ariz turut mendakwa Anna sanggup memanggil peguam untuk ‘menyelamatkan’ dirinya daripada berada bersama ibu kandung dalam kereta.

“Pergi balik jadi pemandu tak bergaji, bawa dia ke sana sini. Saya tak minta kemewahan, cuma harapkan kebaikan seorang anak.

“Tapi dia boleh panggil peguam, seolah-olah saya nak bunuh dia,” dakwanya lagi.

Ariz mendakwa perselisihan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak, namun tidak menyangka hubungan ibu-anak yang pernah rapat kini menjadi renggang.

Terdahulu, Ariz pernah mendakwa Anna sanggup mengenakan perintah injunksi terhadapnya, sekali gus menambahkan lagi spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Hantaran Di Balai Polis Cetus Persoalan… Ibu & Anna Jobling Bergaduh, Terima Perintah Injunksi?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2026

Atikah Suhaime Akui Faktor Genetik Tentukan Berat Badan – “Kalau Makan Macam Orang Biasa Akan Jadi Gemuk”

Atikah Suhaime mengakui faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk dan berat badan seseorang, termasuk dirinya sendiri yang perlu sentiasa menjaga pemakanan.

Trending Wed, 25 Dec 2019

Amalan Karoshi, Perangai Gila Bekerja Rakyat Jepun

Budaya yang diamalkan ini telah mencetuskan isu karoshi.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Mail juga kelihatan sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan posing yang sangat manja dan mesra. Siapa gadis bertuah itu?

Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Hiburan Wed, 11 May 2022
Trending Tue, 4 Feb 2025

10,000 Peminat Banjiri Axiata Arena, Konsert Nidji 2.3: The New Chapter Sukses!

Konsert band popular Indonesia Nidji pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia. Konsert Nidji 2.3: The New Chapter merupakan konsert menyambut ulang tahun ke-23 selama berkarya didalam industri muzik, di mana Nidji […]

Trending Sat, 28 Sep 2019

事实 VS. 媒体想让我们看到的模样

「资讯爆炸」的程度已经远远超过当初发明这个词的人们所能想像得了,而这样的环境下衍生了可怕的问题。

error: Content is protected !!