Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2023 @ 4:25pm

Kes Saman Babitkan Puteri Sarah & Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Kes saman membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan isteri kepada Syamsul Yuosf, Ira Kazar akhirnya selesai secara baik di luar mahkamah hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Peguam bela Puteri Sarah Liyana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.

“Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dua pihak (Puteri Sarah dan Ira Kazar) pada hari ini yang mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

“Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip,” katanya.

Pada 30 Jun tahun lalu, Puteri Sarah dilaporkan telah  memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar atau nama penuhnya, Faghira Fatini Kazaruddin, 28.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘orang ketiga’ yang menganggu rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

Untuk rekod, pada 14 Jun lalu, kontyroversi memababitkan rumah tangga antara pengarah dan pelakon, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39 dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Syamsul melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Featured Fri, 9 Jul 2021

Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Kerajaan Selangor menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor adalah […]

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Hubungan Dingin Dengan Papa, Nabila Redha

Apapun, Abil hanya mahu semua peminat mendoakan yang baik-baik buat keluarganya

Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Events Fri, 6 Jul 2018

Korea Music Festival 2018 Full Artist Lineup Revealed

Get your tickets now before they are sold out.

Hiburan Sat, 12 May 2018

《娱协30》十大原创(国际组)彭学斌4奖成音乐人大赢家

《娱协30》十大原创歌曲奖(国际组)得奖名单中,彭学斌一口气以他词曲创作的范玮琪、梁静茹《最好的安排》、自己作曲的杨丞琳《其实我们值得幸福》、张智成《瘀青》及梁静茹《秘果》拿下4奖,率先成为十大原创歌曲奖(国际组)音乐人大赢家。

error: Content is protected !!