Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 13, 2025 @ 5:26pm

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

“Saya rasa orang punya mulut kita tak boleh nak dengar. Tak payah justify. Move on dengan kehidupan sahaja”.

Demikian luahan penyanyi popular, Anuar Zain ketika mengimbau kembali momen disindir orang peminat pada awal kemunculannya dahulu.

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik yang mendakwa dia ‘menempel’ popular kakak nya.

“Masa tu orang anggap penyanyi lelaki tak boleh pergi jauh, Ketika itu pun yang ada penyanyi lelaki, Abang Jamal Abdillah, M. Nasir, Zamani (SLAM), Amy Search.

“Saya pernah temankan Kak Gee (Ziana Zain) untuk satu persembahan. Masa tu tak ada interest nak menyanyi pun.

“Tapi ada juga orang sebelah selamba cakap, ‘kesian Anuar Zain tu kan, nak menyanyi balik sampai kena menempel dekat kakak dia. Macam itu sekali dia cakap,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anuar Zain ™️ (@anuarzainnetwork)

Anuar atau nama lengkapnya Sharul Anuar Zain, 55, berkata demikian ketika ditemui usai sidang media Konsert Empat Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Hotek Westin, KL pada Khamis.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Lelaki Ini itu bagaimanapun enggan mengambil pusing terhadap kata-kata sindiran yang dilemparkan peminat terhadap dirinya.

Jelasnya, setiap rezeki sudah ditentukan dan tugas sebagai seorang manuasia adalah meneruskan kehidupan dengan baik.

“Tapi itulah yang perlu kita lalui dalam kehidupan ni kan? Saya rasa orang punya mulut tu kita tak boleh nak dengar. Saya dengar saya senyum saja. Sebab, rezeki orang kita tak tahu. You just have to move on.

“Macam kadang-kadang kita dalam internet orang cakap macam-macam. Tak payah justify. Move on dengan kehidupan dan skip sahaja.

“Sebab apa netizen ni kadang-kadang suka cucuk, janji kita respons itu sahaja. Dia nak seronok-seronok kan.. Jadi, segelintir orang ni terlalu keras jadi jangan baca komen-komen negatif itu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anuar Zain ™️ (@anuarzainnetwork)

Berkongsi menegnai konsert yang bakal berlangsung pada 10 Oktober depan, Anuar berkata, dia, Ziana, Ernie serta Syamel teruja untuk berkongsi pentas bersama-sama.

Malah, menganggap momen itu adalah yang paling bermakna sepanjang perjalanan kariernya bergelar anak seni.

“Ini sudah tentu akan menjadi ‘sesuatu’ yang akan diperkatakan sampai bila-bila.

“Konsert Empat ini bukan sahaja bermakna tetapi saya juga berharap ia dapat menjadi legasi dan sejarah,” ujarnya.

Sekadar info, Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 ini dibawakan oleh Anuar Zain Network dengan kerjasama AltusProHouse dengan Sze Wan bertindak sebagai Pengarah Muzik dan Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert.

Tiket konsert juga sudah mula dijual sejak April lalu di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Trending Sun, 13 Jun 2021

Single Baru Simfoni bersama Ezad Lazim Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, kumpulan nasyid Simfoni kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Terus hasil ciptaan Fadzli Far East sebagai pencipta lagu dan Ito Lara sebagai penulis lirik. Dianggotai oleh […]

Hiburan Sun, 27 Aug 2023
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

2 Lagu ‘Tersembunyi’ Ejen Ali The Movie 2 Raih Perhatian, Nostalgia & Chill Vibes Menawan Pendengar!

Dua OST tersembunyi EATM2, ‘Some Other Day’ & ‘Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode’ kini curi perhatian!

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

error: Content is protected !!