Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 27, 2023 @ 1:59pm

Bakal Berkahwin Tahun Depan, Nabila Razali Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan?

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Memetik laporan Kosmo, sumber mengatakan majlis tersebut berlangsung di rumah baharu Nabila yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber tersebut.

Menerusi perkongsian saudara terdekat lelaki berkenaan, majlis tertutup itu diserikan dengan pelamin kecil dan acara bertukar dulang hantaran.

Tarikh perkahwinan mereka masih tidak dapat dipastikan namun menyatakan bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Sementara itu, pengikut tegar Nabila atau lebih mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan menjalinkan hubungan percintaan secara serius.

Minat yang sama iaitu menggemari sukan permotoran antara perkara yang mengeratkan lagi hubungan dua pasangan ini.

Sekadar info, Nik Iruwan yang berusia 37 tahun adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.

Terdahulu, tular video peminat terserempak dengan pasangan ini di Genting Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Dengan Seorang Jejaka Di Genting Highlands, Nabila Razali Tampil Beri Penjelasan – “Biar Orang Terus Berteka-Teki”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Featured Wed, 4 Mar 2026

“Bila Ozlynn Keluar Rumah, Separuh Badan Dia Adalah Maruah Saya” – Johan Tegas Soal Tanggungjawab Suami

Pelawak dan penyampai radio popular, Johan berkongsi tanggungjawabnya terhadap isteri tercinta,  Ozlynn.

Featured Fri, 18 Apr 2025
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Featured Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!