Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 18, 2023 @ 1:17pm

Sudirman Bakal Muncul Menerusi Hologram Dalam Konsert Tribute Diiringi MPO

Pengarah Muzik Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Ahmad Muriz Che Ros memaklumkan terdapat elemen kejutan iaitu penampilan istimewa penghibur popular Allahyarham Datuk Sudirman Asrhad menerusi hologram di konsert tribute bintang legenda itu.

Menurut Ahmad Muriz, Orkestra Filharmonik Petronas (MPO) bakal mengiringi persembahan Sudirman pada malam konsert yang dijadualkan berlangsung pada Hari Malaysia, 16 September 2023 di DFP.

“Konsert tribute kepada legenda Sudirman sering diadakan, jadi kami dari pihak MPO akan memerlukan permainan yang lebih besar untuk membuat konsert ini menjadi ingatan dalam semua penonton.

“Teknologi ini bukanlah baharu, sebaliknya sudah digunakan dengan meluas di luar negara. Namun, untuk DFP, ini kali pertama perkenalkan.

“Disebabkan kami ada rangkaian konsert bagi menyambut ulang tahun ke-25, kami fikir, apa lagi kelainan yang boleh dibawa.

“Akhirnya, kami memilih teknologi hologram agar peminat Sudirman daripada kalangan generasi muda dapat menonton sendiri persembahan beliau melalui teknologi replikasi yang kami bawa, tuturnya.

Jelas Ahmad Muriz lagi, Allahyarham Sudirman bakal menyanyikan beberapa lagu diiringi alunan muzik orkestra pada malam konsert tribute tersebut yang dijangka bakal berlangsung selama 90 minit.

Disoal sama ada konsep hologram bintang legenda itu diambil dari video lama nyanyian Sudirman, Ahmad Muriz berkata mereka menggunakan teknologi canggih dimana akan menjana imej baharu pelantun lagu popular Merisik Khabar itu.

“Teknologi yang bakal digunakan cukup canggih kerana kami tidak akan papar video persembahan arwah yang lama.

“Sebaliknya, kami jana imej baharu dan pancarkan di pentas. Beberapa lagu bakal dipersembahnkan yang akan diketahui pada malam konsert,” katanya.

sudirman

Dalam konsert istimewa kali ini, MPO bakal mempersembahkan sebuah program pelbagai tema dan genre. Lagu-lagu yang bakal dimainkan termasuk alunan tradisional (Joget Kenangan Manis dan Apa Khabar Orang Kampung), balada (Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Hujan), ‘Broadway’ (Big Spender dan Memories), lagu-lagu rakyat (Punch Card dan Basikal Tua) dan, sempena Hari Malaysia, lagu-lagu patriotik seperti Warisan dan 31 Ogos.

Konsert ini menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz (bekas penyanyi latar Sudirman), Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael.

Harga tiket bermula RM288 hingga RM668. Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.mpo.com.my.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aznil Nawawi Dendangkan Lagu Pelangi Petang Sudirman, Netizen Luah Rasa Sebak – “Lama Tak Dengar Pak Nil Nyanyi, Sedap!”

Artikel Berkaitan: Tampilkan Hazama, Ernie Zakri… MPO Beri Penghormatan Kepada Sudirman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021
Trending Tue, 7 Aug 2018

Lombok Bergegar, 20,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) berkata, ia menjangka angka kematian meningkat sebaik runtuhan lebih 13,000 rumah dibersihkan selepas dua gempa kuat dalam tempoh seminggu.

Events Tue, 14 Jan 2020

Ronan Keating To Set The Most Beautiful And Romantic Concert In Malaysia This Valentine’s Day

The lead singer of the 90’s sensational boy group, Boyzone is returning to Malaysia this February.

Featured Mon, 10 Apr 2023

Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Hmm kesian Zizan.. Min doakan semoga cepat berjodoh

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Tur SAMA SAMA Tawar Persembahan Magis Buat Peminat Malaysia Malam Ini!

Sempat lagi kepada mereka yang nak saksikan Tur SAMA SAMA malam ini, beli tiket sekarang!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Hiburan Mon, 20 May 2024
Trending Fri, 3 Jul 2020
error: Content is protected !!