Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 11, 2024 @ 7:39pm

Nama Sering Disebut-Sebut Bakal Jadi Hos Melodi, Ini Jawapan Elly Mazlein 

Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein tampil memberi respons dakwaan dirinya bakal mengendalikan program hiburan popular TV3, Melodi.

Menurut laporan Harian Metro, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu berkata, dia tidak ada menerima sebarang tawaran untuk mengendalikan program hiburan tersebut.

“Sekiranya diberi peluang dan semuanya okay serta ada rezeki, Insya-Allah, saya tidak menolaknya.

“Saya sedar ramai yang cakap nama disebut-sebut tetapi buat masa ini, saya tidak terima sebarang tawaran pun lagi.

“Sekarang ini memang musim program Melodi mengambil pengacara jemputan dan saya antara artis yang diundang untuk menjadi pengacara bersama hos Ain Edruce selama dua minggu sebelum ini,” katanya.

Tambah pelantun lagu Sabarlah Hati itu lagi, kontraknya bersama saluran Astro sudah pun berkahir sejak awal tahun ini sebaliknya kini selesa bergerak sendiri.

“Kontrak bersama pengurusan Astro selama setahun sudah berakhir.

“Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pengurusan dan memilih untuk bergerak sendiri bersama ‘team’ sejak awal tahun ini.

“Pada masa sama, saya juga tidak akan lupakan jasa baik pihak Astro dan kalau ada tawaran untuk projek tertentu saya akan pertimbangkannya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Kak Lina sering disebut-sebut warganet apabila rata-ratanya meluahkan rasa senang melihat dia menjadi pengacara dalam program Melodi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Takde Tonton, Tak Nak Kawan! Tracie Sinidol & Jazmy Juma Dipilih Sebagai Wajah Baharu Tonton

Tracie Sinidol dan Jazmy Juma kini bergelar wajah baharu Tonton!

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

error: Content is protected !!