Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 27, 2024 @ 9:46am

[VIDEO] “Saya Akan Tarik Diri Kalau Nak Gaduh Soal Rezeki” – Jangan ‘Shaking’, Tak Perlu Rasa Tercabar Dengan Elly Mazlein

Pengacara dan pelakon popular, Elly Mazlein, 44, kesal dengan sikap sesetengah pihak yang merasakan dirinya sebagai pesaing dalam dunia hiburan.

Menurut penyanyi yang mesra dengan nama Kak Lina Pom Pom itu, dia dapat merasakan ada segelintir orang merasakan sebegitu, lebih-lebih lagi selepas dia meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun lalu.

“Sejujurnya, saya perasan benda tu. Saya dapat rasakan perasan ‘sukar’ selepas menang ABPBH35. Jangan rasa shaking, jangan nak ilusi seorang diri. Saya lahir dalam industri seni bukan sebagai pencabar kerana kita sama-sama nak mencari rezeki,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini pernah mendedahkan keputusan dirinya mengundurkan diri sebagai pengacara program realiti popular di sebuah stesen televisyen berbayar kerana mahu memberi laluan orang lain untuk bekerja dengan lebih selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi Laluan Orang Is Shaking Buat Kerja Dengan Selesa” – Elly Mazlein Dedah Ada Pihak Tak Senang Keputusan Tarik Diri Jadi Pengacara?

Biarpun tidak memetik sebarang nama individu, pengacara Mentor Otai ini menjelaskan keputusan terbabit dibuat kerana memilih untuk tenang dan bahagia.

Tambah Elly, dia enggan bergaduh kerana rezeki kerana mahu terus bersikap positif dan tiada masa mahu memikirkan mengenai keburukan.

“Bidang hiburan adalah periuk nasi saya. Kita ada sesi baca skrip dan ketika itu, kita boleh berbincang. Saya nak kerja dengan ikhlas. Saya malas nak gaduh, tak kuasa! Saya akan tarik diri kalau nak gaduh soal rezeki.

“Apa yang boleh saya katakan, jangan syok sendiri dan tak perlu rasa tercabar. Matlamat saya lebih baik bersatu daripada bercerai. Saya jenis siapa nak kawan silakan dan saya akan sentiasa berbuat baik. Jika ada perkara negatif menghampiri, saya akan cepat-cepat sekat.

“Saya lebih selesa memikirkan soal ketenangan dan positif. Saya tiada masa nak fikir mengenai sampah,” katanya.

Elly ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Sayap, baru-baru ini.

Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan, Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu Sayap mempunyai maksud yang tersendiri.

“Lagu ini mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

Hiburan Mon, 9 Mar 2026

Babak Sarat Hamil Dalam MV ‘Bincang Raya’ Seakan Beri ‘Hint’ Bakal Jadi Ibu, Amira Othman Tampil Buka Mulut

Amira Othman berkata babak tersebut hanyalah sebahagian daripada jalan cerita dalam MV

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Trending Tue, 5 Mar 2019

Paris Hilton ucap tahniah kepada Syahrini

Selamat pengantin baru Syahrini dan Reino! 

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Bob林盛斌担正《财神2020》男一!首次挑战爸爸角色思绪混乱

贺岁电影《财神2020》 正式拜神开镜!男主角也揭晓由香港喜剧演员Bob林盛斌出演,这次在片中他更会有20岁的儿子,让39岁的他顿时陷入混乱,直呼「到底他是我弟弟或是儿子?」

Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

error: Content is protected !!