Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 21, 2023 @ 12:49am

Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam, Selasa.

Berita duka itu disahkan oleh rakan artis iaitu penyanyi Zur Eda yang memaklumkan di media sosialnya.

“Mohon semua sedekahkan Al-fatihah buat Rohana Jalil yang telah menghembuskan nafas pada 11.33 malam tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, amin,” tulisnya.

Pada Isnin, pengurus Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, iaitu Suzie memaklumkan keadaan Rohana semakin lemah namun masih stabil selepas menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut, sejak April lalu.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Kila Fairy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Trending Fri, 5 Jan 2024

Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham Hamdan Ramli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Aishah Bakal Gegar Pentas Julai Ini Menerusi Konsert ‘40 Chapters of Love’

Datuk Aishah bakal menghadirkan sebuah konsert solo berskala besar berjudul Aishah 40 Chapters of Love.

Trending Mon, 23 Jul 2018

求婚拿「戒指马克杯」 网怒:一秒分手

跟男友感情长跑了好一阵子吗?好像觉得可以步入红毯、组成家庭,就差一个求婚的信物与浪漫仪式,为了怕男友搞Kuso,快先警告他不准拿「戒指马克杯」求婚,否则你就会跟众多网友一样,拳头超硬想分手。

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam

Emma Maembong mengaku individu yang dimaksudkan sebagai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’

error: Content is protected !!