Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 5, 2024 @ 11:22am

“Saya Bukan Nangis Sebab Tak Dapat Apa-Apa” – Ernie Zakri

“Insya-Allah, saya tidak akan putus asa. Saya akan cuba buat yang terbaik setiap masa,” demikian kata penyanyi Ernie Zakri kepada penyokongnya selepas usai acara berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Ahad lalu.

Terdahulu, Ernie telah mempertaruhkan lagu Astana hasil ciptaanya bersama suaminya Syamel, Omar K dan Shazriq Azeman di AJL38.

Menurut Ernie, dia sangat terharu dengan sokongan yang diterima dari peminatnya yang setia menyokong perjuangannya sepanjang bertanding di pentas mega itu meskipun tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah.

“Saya bukan nangis sebab tak dapat apa-apa. Kehadiran anda semua untuk saya malam ni buatkan saya sangat gembira. Saya lakukan ini untuk anda semua okay.

“Saya bertarung untuk anda semua. Astana ni lain sikit untuk saya. Perjalanan ini sememangnya untuk penyokong saya. Saya takkan ada dekat sini, saya takkan cuba sehabis upaya saya kalau tak da anda semua,” katanya.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 30 saat itu, Ernie sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminatnya dan berjanju untuk tidak berputus asa.

“Untuk 200 orang yang datang malam ni, saya sangat berterima kasih dan bersyukur. Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu macam mana nak balas jasa anda semua.

“Saya tahu semua orang susah-susah datang, buat semua benda untuk saya. Alhamdulillah, terima kasih semua, saya tak mampu balas. Apa yang saya mampu adalah persembahan Astana tadi. Saya takkan putus asa,” jelasnya.

@ntshleeya We always love you no matter what ❤️ persembahan malam tadi ckup memenagkan hati kami ❤️ #ajl38 #erniezakri #fyp #trending @erniezakriez ♬ original sound – ntshleeya

Terdahulu, pentas AJL38 menyaksikan penyanyi Amir Jahari merangkul gelaran Juara menerusi lagu ciptaan sepenuhnya, Hasrat.

Sementara itu, Aisha Retno yang membawakan lagu Sutera berjaya meraih gelaran Naib Juara, manakala Aina Abdul mendapat tempat ketiga menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

AJL38 juga menyaksikan Aina Abdul meraih Anugerah Vokal Terbaik, manakala Aisha Retno mendapat Anugerah Persembahan Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL38: Tahniah! Amir Jahari Dinobatkan Juara Lagu Tahun Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Feb 2018

Kenapa Dazrin Tak Laku?

“Saya masih aktif berlakon cuma berehat sebentar untuk memberi tumpuan kepada isteri yang sedang sarat dan perniagaan.” – Dazrin.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]

Filem Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Tue, 8 May 2018

EXO’s Kai’s Father Passes Away

The family is in the midst of grieving right now.

error: Content is protected !!