Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 27, 2024 @ 5:23pm

“Tak Payah Tanya Mana Suami Kita…” – Hana Ismail 

Personaliti TV, Hana Ismail sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail, berkongsi makna sesebuah doa yang berkaitan kehidupan.

“Benar, siapa yang Allah datangkan dalam hidup kita ini samada akan menguji kita, memberi peringatan kepada kita bahkan mengubah kita. Alhamdulillah untuk pelajaran yang mahal ini.

“Baru-baru ini saya juga menemukan makna disebalik doa yang sangat indah diambil daripada Hizb Nasr karangan Imam Abdullah bin Alawi Al Haddad.

“‘Wahai Yang Maha Menjawab semua orang-orang dalam kesulitan. Wahai yang Maha mendengar semua yang memohon pertolongan. Cukupkanlah segala kejahatan semua orang-orang yang akan datang menuju kepadaku diwaktu siang ataupun malam. Terkecuali mereka yang datang dengan kebaikan. Sungguh Engkau berkuasa atas segala sesuatu’.

“Subhanallah! Doa yang harus kita usahakan untuk diamalkan, InsyaAllah. Semoga Allah mengampuni kita, membimbing kita & keluarga kita. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan rahmatNya,” kongsinya.

Di akhir perkongsian tersebut, isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed itu meletakkan nota kaki dengan memohon semua jangan bertanya dimanakah keberadaan suaminya itu.

“Takyah tanya mana suami kita dia sibuk shooting. K,” tutup Hana.

hana ismail

Terdahulu, Hana meluahkan rasa teruja menantikan bayi sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Untuk rekod, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Baby Scan, Hana Ismail Tak Sabar Menanti Bayi Sulung – “Awaklah Cahaya Umi Dalam Kegelapan… Kita Jumpa Nanti”  

ARTIKEL BERKAITAN: Dai Syed, Hana Ismail Bakal Timang Anak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tunjuk Keputusan Baby Scan, Dai Syed & Hana Ismail Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pelaku, Ini Respons Hana Ismail – “This Is Not How A Victim Would React”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 4 Aug 2018

Kena Kecam Akibat Buang Sampah

Zaman sosial media sekarang nie pantas dalam menyebar berita dan aksi yang dilakukan . Buang sampah di tanah kenapa tidak di dalam tong sampah yang disediakan

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, […]

Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Konsert Di London, Siti Nurhaliza Tunggu Keputusan Penganjur

Kalau bukan dengan pihak Shiraz Projects pun, saya dan pasukan iaitu Siti Nurhaliza Productions tetap akan ke sana. Sebab ini adalah perancangan asal kami.

Trending Tue, 10 Mar 2020

[VIRAL] “Saya Tak Menyesal Bunuh Dia, Saya Puas,”- Akibat Pengaruh Filem Horror,Remaja 15 Tahun Bunuh Budak 6 Tahun

TAK SANGKA! Selepas melakukan pembunuhan terhadap rakannya yang berusia 6 tahun, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun nekad menyerah diri di balai polis! Kejadian yang berlaku di Sawah Besar, Jakarta Pusat ini ternyata mengejutkan orang […]

Hiburan Wed, 30 Jul 2025
error: Content is protected !!