Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 21, 2021 @ 12:25pm

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal!

Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, “trailers”, ulasan dan banyak lagi dalam sub-edisi IGN Southeast Asia – Bahasa Malaysia (https://sea.ign.com/bm).

Ditubuhkan pada 1996, IGN merupakan salah satu jenama media terkemuka di dunia untuk permainan, wayang, hiburan dan budaya peminat, mencapai lebih 288 juta audiens global dari pelbagai platform (Google Analytics & platform metrics, purata bulanan dari Q2 2021).

Edisi Asia Tenggara IGN (IGN SEA) telah dilancarkan semula pada 2019 menerusi gabungan antara REV Media Group, salah satu kumpulan media digital terkemuka di Asia Tenggara dengan syarikat induk IGN, Ziff Davis, kumpulan media digital global terkemuka.

IGN Southeast Asia menyesuaikan formula popular IGN untuk audiens di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina dengan kandungan asli, mencipta platform unik bagi jenama-jenama berinteraksi dengan para pengguna melalui pengiklanan, tajaan dan acara. IGN Southeast Asia juga membantu syarikat-syarikat di rantau Asia Tenggara mencapai pelanggan di seluruh dunia melalui rangkaian global IGN.

IGN Southeast Asia sudah pun mencapai sebanyak 5.9 juta audiens dari pelbagai platform (Google Analytics & platform metrics, purata bulanan dari Q2 2021), menjelang pengembangan edisi Bahasa Malaysia.

Ketua Editor IGN Southeast Asia dan Ketua Rangkaian Permainan, REV Media Group, Adrian Lai berkata: “Kami percaya menjadikannya lokal adalah langkah penting dalam evolusi serantau IGN. Edisi Bahasa Malaysia terbaru ini akan membawa kami lebih jauh ke dalam salah satu pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara iaitu pasaran Melayu, bernilai AS$100 juta pada tahun 2018.

“Industri permainan di Malaysia sedang berkembang pesat dengan permainan yang dibangunkan secara tempatan di pelbagai platform, dan IGN Southeast Asia – bertujuan memberi pencerahan dan galakan penuh kepada permainan terbaik yang berasal dari bakat Malaysia – sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.”

Naib Presiden, Global Partners di Ziff Davis, Adam Doree, berkata: “Kami berbangga dapat memperluas kerjasama dengan REV Media Group di Asia Tenggara. Rantau ini telah menjadi titik fokus global bagi syarikat-syarikat hiburan dan permainan yang sedang berkembang, dan IGN SEA kini berada pada posisi yang lebih baik untuk berkhidmat memenuhi keperluan pelanggan tersebut sebagai destinasi utama untuk peminat.”

IGN merupakan salah satu dari jenama media terkemuka di dunia, bukan sahaja dalam hiburan malah dalam apa jua kategori – kini tersedia dalam 30 edisi antarabangsa, 20 bahasa dan 110 negara (https://world.ign.com), mewakili peluang unik untuk rakan jenama dengan menawarkan kedua-dua relevans skala dan tempatan dalam setiap pasaran utama di seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

Featured Mon, 19 Dec 2022
Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!