Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 7, 2023 @ 4:00pm

See My Level Ada Standard Tersendiri, Asyraf Nasir Teruja Kolaborasi Bersama Kowachee

Selepas muncul dengan single 2PAI dan Hati Terbaik, penyanyi hip hop yang kian mencipta nama, Asyraf Nasir kini mempertaruhkan single terbaru yang berjudul See My Level dan bergandingan bersama penyanyi rapper cilik, Kowachee.

Menurut Asyraf Nasir, See My Level merupakan tagline yang dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali) dan baginya mempunyai ‘standard” yang tinggi.

Lagu ciptaan Shazee Ishak itu juga menggambarkan setiap orang yang sudah bertungkus lumus untuk mencapai tahap yang tinggi dalam perjalanan hidup mereka.

“Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka di dalam studio untuk lebih mengenali apakah perkara yang dialami oleh seorang 13 tahun pada zaman sekarang.

“Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar, Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam bersembang dengan orang 20 tahun.

“Tapi antara perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya.” Katanya

“Kochawee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang faham mengenai penyampaian dan ‘flow’ dalam rap. Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak capai pemahaman yang cekap seperti itu.” Jelas Asyraf

Mengulas lanjut tentang proses rakaman, Asyraf menyifatkan bekerja bersama Shazee sangat menyeronokkan kerana dia mahukan hasil yang berkualiti dan tidak kisah untuk merakam berkali-kali.

Sementara itu, Kowachee juga turut mengakui teruja untuk menantikan lagu See My Level kerana dapat bekerjasama dengan Asyraf Nasir.

kowachee juga berkongsi dia belajar menulis ‘verse’ tersendiri dan juga berterima kasih serta gembira kerana dapat bekerjasama dengan semua pasukan yang dianggap profesional.

Apa yang lebih menarik lagi adalah, proses pengambaran video musik See My Level turut disertai oleh empunya ‘tagline’ itu sendiri iaitu Diva AA.

Single See My Level boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 3 Mac lalu, muzik lagu SEE MY LEVEL ini telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube Defjam Malaysia pada 10 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Wah sama cantik, sama padan 😍 Congrats BCL!

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Fri, 2 Feb 2024

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Finally, Akim dan Stacy keluarkan lagu baru!

Trending Fri, 27 Nov 2020

Didakwa Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Polis

Pendakwah selebriti didakwa merogol seorang gadis pada tahun lepas.

Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

error: Content is protected !!