Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 20, 2026 @ 8:15pm

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Menghimpunkan dua figura popular Indonesia iaitu Fabio Asher dan Nadhif Basalamah, konsert berkenaan tampil dengan konsep tersendiri yang mengetengahkan perjalanan emosi menerusi muzik dan penceritaan yang dekat dengan kehidupan ramai pendengar.

Bertemakan “Satu Rasa, Dua Cerita”, persembahan itu bakal membawa penonton menyelami pelbagai emosi seperti cinta, kerinduan, proses penyembuhan dan pencarian diri menerusi pendekatan muzik yang berbeza daripada kedua-dua penyanyi.

Fabio Asher dan Nadhif Basalamah masing-masing mempunyai identiti serta gaya penceritaan tersendiri yang menjadikan keseluruhan persembahan lebih menarik selain memberikan pengalaman muzik yang lebih mendalam kepada penonton.

Konsert Rumah Hati juga bukan sekadar persembahan hiburan biasa, sebaliknya hadir sebagai ruang untuk penonton menghayati muzik dalam suasana lebih intim dan emosional.

Melalui konsep tersebut, muzik dilihat sebagai medium yang mampu menghubungkan artis dan peminat selain membawa penonton menyelami pengalaman peribadi menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan sepanjang malam konsert.

Konsert berkenaan dijadual berlangsung pada Ahad, 26 Julai 2026 bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Tiket mula dijual sejak 1 Mei lalu menerusi IlassoTickets dengan pelbagai pilihan kategori termasuk Hati (Front Row Standing) berharga RM228, Rasa (Mid Zone Standing) RM188 dan Cerita (General Standing) RM98.

Bagi kategori tempat duduk pula, tiket Super VIP Sofa Couple Seat dijual pada harga RM888, VIP RM268, Rumah RM228, Cinta RM188 dan Ruang RM98.

Konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Cerita Project & Events Sdn Bhd dengan kerjasama Jiwa Kacau sebagai rakan strategik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Feb 2021
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Drama Pilihan ASK 2019, Korang Tentukan Mulai 1 September Ini!

Selamat menonton drama pilihan calon pemenang ASK 2019 !

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

A-Lin黄丽玲602云顶开唱「用歌声传达正能量」

A-Lin黄丽玲去年火力全开,除了发表了睽违三年的个人专辑,更火速展开了全新巡演,而主办单位今日也确定巡演即将来到马来西亚!《I’m A-Lin》巡回演唱会 – 马来西亚站将在6月2日,晚上8点30分,云顶云星剧场正式引爆!

Trending Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Tahan Air Mata… Yusof Haslam Sebak Ketika Beri Pesanan Buat Syamsul & Puteri Sarah

Datuk Yusof Haslam sedih dengan ujian yang melanda anak dan menantunya.

error: Content is protected !!