Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2025 @ 7:12pm

“Tak Marah, Tapi Simpati Dengan Mereka” – Tak Balas Makian Netizen, Ruhainies Tenang Hadapi Kecaman Berpanjangan

Nama pelakon sensasi, Ruhainies masih menjadi perbualan hangat di media sosial meskipun setelah setahun berlalu terpalit kontroversi hangat bersama aktor, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, mengakui tidak mengendahkan atau membalas komen ‘haters’, sebaliknya lebih bersimpati dengan mereka.

“Kadang orang tanya ‘kenapa saya tak makikan balik haters.. Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ini. Nak marah tapi kadang comel juga. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan.

“Jika mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan mereka, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat. Jadi, saya bersangka baik je. Kalau rasa rimas, saya akan padam komen.

“Nak benci itu tidak sebab apa yang mereka tulis itu melambangkan diri mereka sendiri dan bukan melambangkan saya. Jadi, sebab itu saya tidak marah, lebih kepada simpati,” katanya.

Terdahulu, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi tumpuan media pada Mac 2024 selepas ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik pelakon wanita itu.

Setahun kemudian, pada Mac 2025, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan kedua-dua selebriti itu mengaku bersalah dan dikenakan denda RM3,000 setiap seorang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

Trending Mon, 14 Oct 2019

Ini Penjelasan Christy Ng Mengenai Cuti Bersalin 90 Hari

So, netizen jangan tuduh melulu okay. Ada betulnya apa yang Christy Ng cuba sampaikan

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Konsert ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Masih Setia Bersama Dengan Afifah Nasir

 Walaupun dilanda kontroversi isu karaoke bersama Aliff Aziz  Ogos lalu tidak mematahkan hubungan mereka berdua

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Upload gambar salah…tak upload nanti tanya ke mana hilang pula. Ayooo, netizen!

error: Content is protected !!