Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 14, 2022 @ 4:54am

Hadiahkan Mercedes Benz Lebih RM300,000 Sempena Birthday Ke-18, AC Mizal Nafi Manjakan Anak

Pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menegaskan pemberian kereta mewah sempena sambutan hari jadi ke-18 anaknya, Muhammad Reeve Damien sebagai tanda kematangan serta kedewasaan.

Menghadiahkan kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 jenis Mercedes Benz C300, AC menunaikan impian dan keinginan dirinya sendiri sebagai seorang bapa.

“Video kejutan yang diperkatakan orang ramai bukanlah untuk dijadikan contoh kepada orang lain. Saya sendiri yang menanam impian untuk menghadiahkan anak saya kereta apabila usianya menginjak 18 tahun, saya dah janji dengan diri sendiri.

“Itu menjadi petanda dia sudah dewasa dan bukan budak-budak lagi. Sudah tiba masanya dia lebih matang dalam memacu kehidupan dan berdikari. Saya bukan manjakan dia kerana saya anggap ini normal. Kerja keras saya selama ini pun untuk isteri dan anak-anak, jadi tak salah saya menghadiahkan kereta,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

AC dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida ditemui di majlis rumah terbuka Jom Raya Setikar anjuran iQiyi di The Linc, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pengacara program Vokal Mania itu juga berbangga apabila anaknya memikirkan keluarga berbanding diri sendiri.

“Pastinya mereka yang berusia 18 tahun mahukan kereta sport dua pintu, bersesuaian dengan usia mereka. Tetapi anak saya pula berbeza, dia mahukan kereta yang selesa. Saya dah tawarkan dia untuk membeli kereta sport yang sesuai dengan usia remaja tetapi dia menolak.

“Dia mahu kereta yang selesa kerana memikirkan kesenangan ramai orang. Dia berniat mahu membawa nenek, sepupu serta ahli keluarga kami bersiar-siar nanti. Saya rasa terharu apabila dia mempunyai pemikiran sebegitu,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Ehemm so apa status Ame dengan Aedy ya? Guna kreativiti masing masing ok

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Aleeza Kassim Kongsi Cerita Pertama Kali Mengajar Neelofa Jadi Model

Bila peragawati kelas A berkongsi tips…dengar tu!

Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] “Budak Sekarang Lembik, Sikit-Sikit Anxiety” – Syazwan Zulkifly

Syazwan Zulkifly akui generasi kini lebih lembik daripada terdahulu

Featured Thu, 24 May 2018

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari kena sound dengan Datin Seri Umie Aida (Umie) gara-gara sindir Tun Mahathir?

Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Mon, 24 Jan 2022

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu. Namun, harini Mahkamah […]

error: Content is protected !!