Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2022 @ 2:30pm

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu.

Namun, harini Mahkamah Majistret telah menetapkan bahawa tertuduh, Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, telah dijatuhkan hukuman gantung kerana melakukan perbuatan tersebut di bawah pengaruh dadah.

Tertuduh yang memakai baju lokap ungu tiba di perkarangan Mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggal Kepala Ibu & Sorok Dalam Kotak, Bapa Maafkan Perbuatan Anak “Dia Tetap Darah Daging Saya”

Peguam mohon tertuduh jalani ujian psikiatri

Mengikut pertuduhan, Mohamed Azam didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ibunya, Hamidah Ismail, 56, antara pukul 8.10 pagi hingga 6.08 petang.

Tertuduh juga melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Peguam mewakili tertuduh, Naim Mahmud memohon agar mahkamah membenarkan anak guamnya menjalani pemeriksaan psikiatri di mana-mana hospital kerajaan.

Sementara, Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon memohon izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Klang untuk dibicarakan sementara menunggu penyediaan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Sebutan semula kes ditetapkan di mahkamah sama pada 28 Mac depan.

Terdahulu, ibu tertuduh ditemukan didalam rumahnya dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal oleh anak lelakinya yang juga merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama ibu dan bapanya.

Suspek dipercayai bertindak kejam dengan memenggal kepala ibunya yang berusia 56 tahun itu sebelum melarikan diri di belukar belakang rumah akibat tidak berjaya mendapat wang bagi membeli dadah.

Sumber : BH

Kredit Foto : Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Trending Fri, 6 Sep 2019

The Loch Ness Monster Might Not Be a Monster At All

When fable meets science, this is what we get; an explanation.

Featured Fri, 28 Feb 2025

Kerajaan Selangor Cadang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor bercadang memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan.

Hiburan Mon, 15 Sep 2025
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Remy Ishak Terperanjat Aktres Baharu ‘Terbabas’ Di Set, Aksi Luar Skrip Jadi Punca – “Ada ‘Sepak Terajang’ Ketika…”

Menurut Remy Ishak, kejadian itu berlaku apabila Ahirine Ahirudin terbawa emosi hingga melakukan aksi yang tidak dirancang.

error: Content is protected !!