Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 12, 2022 @ 11:41am

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Pasangan selebriti Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, menghadiahkan kereta mewah Mercedes Benz kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien sempena ulang tahun kelahiran yang ke-18.

Menerusi perkongsian di Tik Tok, Emylia berharap anak lelakinya menjadikan hadiah itu sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih menimba ilmu dalam segala aspek kehidupan.

“Kepada Damien, anda menjadikan setiap tahun lebih bersinar dan terus bercahaya. Semoga Damien terus menyerikan kehidupan kita sekeluarga dengan hati yang mulia dan senyuman itu.

“Terima kasih kerana menjadi anak yang baik selama ini dan sebagai ibu, kehadiran Damien ibarat satu rahmat. Belajar rajin-rajin dan semoga Damien akan lebih menyayangi mummy dan daddy lagi,” kata Emylia.

@emyliadac7 dear @reevedamien You make each year brighter and you continue to illuminate our lives with your smile and your kind heart. i deserve it .. we love u so much #fyp #birthdaygift #love #birthday #son ♬ original sound – emyliadac

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Damien turut menerima kek hari jadi di pusat pameran kereta jenama premium dari Jerman itu.

“Adakah anda teruja? Mummy dan Daddy ada kejutan buat Damien sempena hari jadi pada tahun ini.

“Yang paling penting adalah ucapan terima kasih dan penghargaan buat Daddy yang bekerja keras selama ini bagi memberikan yang terbaik buat anak-anaknya,” katanya.

Selain Damien, AC dan Emylia turut dikurniakan seorang anak perempuan, Fea Eryssa.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Featured Mon, 1 Feb 2021
Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Shila Amzah Hamil Anak Pertama

Tahniah Shila & Haris!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Tue, 19 Dec 2023
error: Content is protected !!