Euforia Bola 2026
Hiburan By: Attiqah Mohd April 8, 2019 @ 6:11pm

“Saya Tak Boleh Janji, Nur 3 Bergantung Kepada Persembahan Nur 2”- Pengarah, Shahrulezad

Anugerah DFKL 2019 menyaksikan drama rantaian Nur sekali lagi dinobatkan sebagai drama pilihan terbaik, sekaligus merangkul enam trofi pencalonan kategori lain. 

Anugerah yang diadakan di PICC Putrajaya itu turut menyaksikan pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin memenangi kategori, Pengarah dan Penulis Skrip Pilihan.

Baru sahaja ditayangkan minggu lalu, drama Nur 2 semakin trending di laman twitter dan mendapat pujian dan tak kurang juga kritikan daripada penonton.

Nur 2 kali ini sememangnya penuh dengan kejutan dan jalan cerita yang pastinya membuatkan para penonton tidak senang duduk. Belum pun tamat ditayangkan, pastinya penonton tertunggu-tunggu apakah selepas ini sambungan Nur 3 bakal ditayangkan. 

“Penonton mempunyai stereotaip  drama bersiri tidak akan ke mana. Saya sedar tentang hakikat itu, apa yang saya boleh katakan saya tidak memberi jaminan ataupun klu mengenai pembikinan Nur 3, Nur 3 mungkin akan muncul tetapi semuanya bergantung kepada persembahan dan sambutan Nur 2” ulas Shahrulezad ketika ditanya mengenai kemungkinan pembikinan Nur 3, di Anugerah DFKL 2019.

Shahrulezad turut mengulas mengenai komen ketika ditanya apabila pasukan drama Nur membolot hampir seluruh kategori dan kemenangan pada malam DFKL 2019.

“Saya rasa sangat teruja dengan kemenangan ini. Pastinya sangat-sangat bersyukur dan tidak menyangka. Saya ingin mencupkan terima kasih kepada media terutama kerana banyak mempromosikan drama ini, di akhbar serta online “, ujar pengarah muda ini. 

Drama Nur 2 bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis di Slot Samarinda, TV3 jam 9.00 malam dan juga boleh ditonton menerusi Iflix dan https://www.tonton.com.my/.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 May 2026
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 26 May 2025
Featured Tue, 15 Apr 2025

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!