Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 7:07pm

Ziva Magnolya Dedah Album ‘Merangkai’ Cerminan Diri Sebenar, Sarat Emosi & Kolaborasi Hebat Bersama Kaleb J

Setelah dua tahun menanti, Ziva Magnolya akhirnya melancarkan album keduanya yang diberi judul Merangkai.

Album ini mengetengahkan genre Pop RnB yang juga sebuah impian yang telah lama diidamkan Ziva terutamanya untuk memiliki sebuah album dengan nuansa muzik yang
sangat dekat di hatinya.

Album ini diterbitkan di bawah label Universal Music Indonesia.

“Album ini benar-benar mencerminkan diri saya. Sejak dahulu lagi saya sangat ingin menghasilkan album Pop RnB kerana saya amat menyukai muzik genre ini.

“Jadi boleh dikatakan, album ini benar-benar saya,” katanya.

Tema Cinta dari pelbagai perspektif

Walaupun tema utama album ini masih berkisar tentang kisah cinta, Ziva membawanya dengan cara yang lebih segar sekaligus mempersembahkan pelbagai sudut pandang yang menjadikan setiap lagu terasa saling berkaitan, termasuklah membina sebuah naratif yang mendalam dan menyentuh emosi.

Album Merangkai juga memuatkan sembilan lagu serta kolaborasi bersama produser hebat Indonesia.

Ini termasuk, tiga single yang sudah pun dilancarkan sebelum ini dan menerima sambutan luar biasa daripada para peminat iaitu,  ‘Abadi’, ‘Wanita Biasa’ dan ‘Cukup’.

Antara kolaborasi menarik dalam album ini termasuk:

  • “Intro” – Dony Manurung

  • “Tertarik Atau Baik” – BIANCADIMAS

  • “Sesuka Hati” – Trakast, Yafi Aria & Stefanus LJ

  • “200K” – Ranbe

  • “Against All The Odds” – Belanegara Abe (feat. Kaleb J)

  • “Wanita Biasa” & “Cukup” – S/EEK

  • “Kata Kata” – Laleilmanino

Kolaborasi bersama Kaleb J

Dan kolaborasi yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh peminat adalah kolaborasi bersama Kaleb J menerusi lagu  ‘Against All The Odds’.

Lagu ini telah menjadi dambaan peminat sejak 2021, dan kini akhirnya direalisasikan dalam album ini.

“Bekerjasama dengan produser hebat tanah air adalah satu penghormatan besar buat saya. Saya belajar banyak daripada mereka – dari aspek teknikal hinggalah kepada dunia sebenar industri muzik,” kongsi Ziva.

Visual Sarat Seni & Unsur ‘Seram Manja’

Menambahkan nilai estetik, Ziva bekerjasama dengan Diela Maharanie, artis visual terkenal yang dikenali dengan sentuhan seni berwarna-warni dan penuh karakter, untuk menghasilkan artwork eksklusif album ini.

Tidak habis disitu, Ziva turut mempersembahkan video muzik untuk “Kata Kata” dan video lirik untuk lagu-lagu lain dengan elemen visual unik  termasuk kemunculan watak ‘hantu’ yang menyeramkan tetapi tetap menghiburkan.

Semua visual ini diterbitkan hasil kerjasama oleh Athea Visual dan diarahkan oleh Ivan Saputra Alam.

“Ceritanya ringkas tapi menarik  tentang cinta yang belum kesampaian dari perspektif orang yang ‘ghosting’ orang lain,” tambah Ziva, yang digelar ramai sebagai Queen of Riff and Runs.

Justeru, anak kealahiran Jakarta, Indonesia ini berharap album Merangkai dapat menemani hari-hari para pendengar dan memberikan semangat serta hiburan berkualiti.

“Semoga album ini diterima dengan hati terbuka oleh semua. Jadikan ia teman harian anda,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Nov 2024

Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”

Pelakon Fadhli Masoot teruja berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Hiburan Wed, 3 Apr 2024
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Featured Wed, 15 Apr 2026

Izara Aishah & Adib Khalid Kongsi Wajah Puteri Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima

Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Trending Fri, 20 Mar 2020

Berita Gembira! Kerajaan Kini Tawarkan Diskaun 2 Peratus Bil Elektrik Sempena Covid-19

Jangan panik, diskaun ini akan diberikan secara berperingkat ye gais!

Trending Fri, 28 Jun 2019

Lepas New Zealand, Perancis Pula! Penembak Lepas Tembakan Di Masjid, Imam Cedera

Penembak lepaskan tembakan di luar masjid di Perancis

error: Content is protected !!