Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 23, 2024 @ 8:27pm

Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri, Keith Foo Buang Ego Demi Menjaga Emosi Anak

Pelakon Keith Foo memberitahu masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri iaitu Kim Raymond demi anak mereka, Skylar Raymond Foo.

Menurutnya, dia berpendapat bahawa pasangan yang sudah bercerai perlu membuang ego masing-masing agar tidak menimbulkan masalah melibatkan hak penjagaan anak-anak.

“Pada saya apa pun yang terjadi di antara si ayah dan si ibu, kita tak boleh bawa anak ke dalam konflik yang sedang berlaku.

“Kita perlu mengetepikan ego dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan meskipun sudah berpisah.

“Bila kita memilih untuk berbuat demikian dan teruskan hubungan sebagai kawan dan sebagainya demi anak, saya rasa itu akan membantu memudahkan urusan,” katanya semasa ditemui di sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Keith turut berpesan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga untuk tidak mementingkan diri demi menjaga emosi anak-anak.

“Kalau anda rasa tak boleh nak teruskan hubungan, rasa hubungan tu toksik dan dalam masa yang sama awak ada anak, tak akanlah anda nak teruskan hubungan itu dan nak biarkan anak membesar dengan melihat situasi tersebut.

“Penceraian itu bukanlah cadangan pertama bagi saya namun sekiranya itu adalah terbaik, lebih baik memilih untuk berpisah dan berkawan.

“Jangan pentingkan diri sendiri, seeloknya berpisah dan kekal berkawan dan terus bekerjasama membesarkan anak,” pesannya.

Disoal mengenai rancangan untuk menamatkan zaman duda, Keith masih mahu menikmati kehidupan secara solo.

Namun, sekiranya berjodoh dengan mana-mana wanita, dia mahu pastikan anak perempuannya selesa dan mempunyai keserasian bersama.

“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.

“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.

“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nabti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

Trending Sun, 1 Apr 2018

Kenapa Kek Perkahwinan Ini Menjadi Kek Paling Mahal Di Dunia

Inilah yang dikatakan kek paling mahal didunia dengan menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg.  Pereka luar biasa ini, Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di […]

Hiburan Thu, 10 May 2018

谁那么大胆!小劳勃道尼「900万钢铁人装甲」被偷了

「复仇者联盟」在电影里打击犯罪,拯救宇宙,没想到在现实生活中竟然成为受害者,一副小劳勃道尼(Robert Downey Jr.)曾穿过的钢铁人装甲被偷了!

Featured Tue, 5 Aug 2025

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Pihak Shila bagaimanapun meminta sedikit waktu untuk tuntutan LOD tersebut.

Contest Thu, 8 Aug 2019
Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

Featured Wed, 22 Jan 2025
error: Content is protected !!