Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2023 @ 5:40pm

Anggap Hutang Saman Bukan Macam Sistem Barter, Hidayah Kekal Pendirian Tolak Tawaran Motosikal Dari Pihak Ali Puteh -“Jual Dulu, Duit Itu Bayar Pada Saya!”

Selepas melabel pihak Ali Puteh masih berdegil untuk melangsaikan hutang berjumlah RM76,000, balu Abam iaitu Nor Hidayah sekali lagi bertegas dan menyifatkan adalah tidak wajar sekiranya Ali mahu melangsaikan samannya itu dengan sebuah motosikal.

Kata Hidayah, sebagaimana diperintahkan mahkamah, pihak Ali haruslah membayar saman dalam bentuk wang dan bukannya dengan kenderaan terbabit.

“Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

 

Hutang antara saya dan Ali bukan seperti sistem barter

Memetik laporan Harian Metro, Hidayah memaklumkan, sekiranya motosikal tersebut masih mempunyai nilai seperti yang didakwa pihak Ali, adalah lebih baik jika wang hasil jualan motosikal tersebut diberikan kepadanya.

Bahkan, dia juga menyifatkan hutang antara mereka bukanlah seperti ‘sistem barter’ yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran.

“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15,” jelasnya.

Sebelum ini, Hidayah berkongsi setakat ini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya selepas kalah saman terhadapnya iaitu sejak 18 Februari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:“Pihak Sana Masih Lagi Degil” – Gesa Ali Puteh Bayar Hutang, Hidayah Bakal Ambil Tindakan

ARTIKEL BERKAITAN:Hidayah Tuntut Hutang Tahun Lepas Belum Dibayar, Ali Puteh Tak Mahu Layan – “Kalau Layan Jadi Masalah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Trending Tue, 9 Jul 2019

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Bantulah walaupun RM 1 buat si adik comel ini

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

Berdebar Berjumpa Semula Dengan Iqbal, DSV Kekal Profesional

DSV tidak mengetahui bakal digandingkan bersama Iqbal Zulkefli di dalam sebuah filem.

familuv Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Sibuk Dengan Karier, Zizi Kirana Akui Bakal Kahwin Lambat Lagi?

Tak kisahlah kawin lambat pun, yang penting berpanjangan ye dak?

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

error: Content is protected !!