Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 9, 2019 @ 12:49pm

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Seorang suri rumah merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya dianggarkan sebanyak RM100,000 ekoran masalah jantung yang dialami sejak Januari lepas.

Rabiatul Adaweyah Ahmad, 32, berkata anaknya Muhamad Khaleel Muhammad Syafeeq, tujuh bulan, perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan segera, namun setakat ini tidak dapat berbuat demikian kerana kesempitan hidup.

“Suami saya, Muhammad Shafeeq Mohd Rejab, 33, hanya bekerja sebagai ejen jualan produk sebuah syarikat telekomunikasi dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan dan kami masih ada dua anak kecil berusia lima dan tiga tahun.

“Jadi kami sangat memerlukan sumbangan pelbagai pihak untuk mencukupkan jumlah untuk kos pembedahan itu sebelum ke IJN,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, Muhamad Khaleel yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ketika ini turut mendapatkan rawatan dan terlantar di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini susulan jangkitan kuman pada paru-paru.

Rabiatul Adaweyah berkata, susulan keadaan itu, semua simpanannya telah habis digunakan bagi membeli barangan keperluan dan rawatan anaknya itu selain kos berulang-alik ke hospital.

Mengulas lanjut mengenai keadaan anaknya itu, beliau yang menetap di Taman Sri Gunung, Mukim Gunung, di sini berkata Muhamad Khaleel dilahirkan normal namun sebulan kemudian mengalami masalah pernafasan.

“Saya terus membawanya menjalani pemeriksaan di HSB dan doktor memberitahu Muhammad Khaleel mengalami masalah saluran darah ke jantung yang tersumbat dan sempit menyebabkan dia perlu pembedahan segera bagi mengelak komplikasi lebih buruk.

“Apa yang merunsingkan ialah kami tiada wang sebanyak itu dan sangat berharap ada pihak yang sudi menyumbang bagi menjayakan pembedahan itu,” katanya.

Sementara itu, penderitaan Muhammad Khaleel turut mendapat perhatian pembantu khas Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Najmee Abd Manaf yang menemui keluarganya hari ini dan menyampaikan bantuan wang tunai bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Kita sedang mengumpul maklumat dan akan membantu mendapatkan bantuan sewajarnya dari jabatan serta agensi berkenaan dalam usaha meringankan beban keluarga ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Rabiatul Adaweyah boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank miliknya di nombor 152023289553 atau menghubungi beliau di talian 013-2176159.

Sumver: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2024

Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

Semoga hubungan Syamsul Yusof dengan ibu bapanya akan kembali jernih

Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Featured Wed, 22 Jan 2025

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

Kisah Viral Thu, 7 Sep 2023
error: Content is protected !!