Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2024 @ 3:54pm

Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

“Itu urusan keluarga, jadi selesaikan antara keluarga,” demikian respons pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengenai hubungan bersama penerbit Datuk Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail.

Pengarah filem popular Munafik itu memilih untuk berdiam diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan antara mereka.

“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.

“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya.

Syamsul berkata demikian ketika disoal mengenai doa dan harapan bapanya, Yusof Haslam yang mendoakan urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, Yusof berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.

“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.

Pada jam 10:30 pagi Khamis, Syamsul dan Ira sah berpisah talak satu selepas Hakim Syarie Mohd Faizal mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Alhamdulillah, Selesai” – Bercerai Dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar Enggan Respons Lanjut

Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Tak Kesah Pun Betis Besar, Janna Nick Kasi Jawapan Pedas Buat Netizen

Tidak mudah melatah, Janna Nick beri komen balas buat netizen kaki kutuk

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Ada Lagi Ke ‘Penyewa Neraka’ Zaman Ini

Tuan Rumah Terkedu Rumah Sewa Jahanam, Sampah-Sarap Sampai Cecah Siling

Trending Sun, 14 Nov 2021

Harith Zazman Umum Isteri Hamil Dalam Muzik Video Shut Up

Jika dua lagu sebelum ini iaitu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Tak Tahu menampilkan penyanyi Harith Zazman berkolaborasi bersama bintang lain, kini bakat baharu itu muncul dengan single solo berjudul Shut Up. Lagu […]

Trending Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025

Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam & Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

Penceramah bebas rakam dan edar aksi seks bersama empat isteri.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Fri, 14 Apr 2023
error: Content is protected !!