Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2024 @ 12:22pm

[VIDEO] “Alhamdulillah, Selesai” – Bercerai Dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar Enggan Respons Lanjut

Anak pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar enggan mengulas lebih lanjut berhubung kisah perceraiannya bersama pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof.

Kekal manis tersenyum ditemui media, Ira bagaimanapun hanya mengucapkan kata syukur dan memohon maaf kerana tidak mahu memberikan sebarang komen.

“Tiada apa. Alhamdulillah, selesai. Minta maaf ya. Terima kasih,” katanya.

Syamsul dan Ira sah berpisah talak satu pada jam 10:30 pagi selepas Hakim Syarie Mohd Faizal mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

“Mahkamah sudah putuskan perceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara pihak Syamsul dan anak guam saya, Ira. Itu saja yang berlaku hari ini.

“Keterangan sudah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini. Terima kasih kepada mahkamah.

“Jadi hari ini sudah jatuh talak satu pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, tidak diteruskan” katanya.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jun 2025
Hiburan Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

KENAPA NI ZIZAN?

Baru-baru ini Zizan telah mengalami kecederaan semasa sedang menjalankan penggambaran Filem terbarunya. Apa jadi kat Zizan ni?

Hiburan Sun, 27 May 2018
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Sikap Senang Percaya Datuk A.Aida Makan Diri

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

A-Lin黄丽玲602云顶开唱「用歌声传达正能量」

A-Lin黄丽玲去年火力全开,除了发表了睽违三年的个人专辑,更火速展开了全新巡演,而主办单位今日也确定巡演即将来到马来西亚!《I’m A-Lin》巡回演唱会 – 马来西亚站将在6月2日,晚上8点30分,云顶云星剧场正式引爆!

error: Content is protected !!