Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 23, 2024 @ 6:31pm

Roslan Shah Bersyukur Dijemput Promosi Lagu Di Batam & Brunei, Dalam Perancangan Lebarkan Sayap Ke Segenap Indonesia

Selebriti versatil, Roslan Shah bersyukur apabila single Rojak Maznah Ke Tuuu mendapat respons positif sehingga mendapat perhatian stesen radio di Indonesia dan Brunei.

Baru sahaja mempromosikan karya terbabit di Batam FM, Roslan bakal terbang ke Brunei atas jemputan stesen popular Pelangi FM bagi mempromosikan naskhah terbabit di negara itu.

“Saya sangat bersyukur kerana single Rojak Maznah Ke Tuuu dapat perhatian dan menerima maklum balas positif. Saya baru sahaja diundang untuk sesi promosi di Batam FM, Kepulauan Riau, Indonesia kerana di sana, lagu saya mendapat permintaan peminat.

“Insya-Allah, saya juga akan terbang ke Brunei untuk mempromosikan lagu ini pada 8 Mac nanti. Saya sangat bersyukur kerana negara itu juga memberi sokongan baik terhadap lagu saya. Pendengar radio RTM juga memberi maklum balas positif dan sering mendengar lagu ini di stesen kegemaran mereka,” katanya.

Tak henti menzahirkan rasa syukur apabila kerja kerasnya selama ini berbaloi, Roslan juga mempunyai perancangan untuk mempromosikan lagu ini di Jakarta, Bandung dan beberapa bandar besar di Indonesia.

“Saya sendiri tak sangka lagu ini mendapat perhatian. Mungkin kerana saya sendiri tak henti berusaha untuk mempromosikan lagu ini. Rasa macam kerja keras saya selama ini berbaloi. Walau pernah dihina dan dikeji, saya hanya mampu berdoa dan mungkin ini kemanisan yang saya terima selepas dilanda dugaan.

“Saya juga dirisik beberapa pihak untuk mempromosikan lagu ini di kota-kota terkenal Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Padang dan banyak lagi, namun semuanya masih dalam peringkat perancangan. Saya mohon doa agar semua perkara yang saya rancang menjadi kenyataan, Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Roslan yang sibuk menyertai pelbagai acara dan karnival jualan bakal muncul dengan muzik video Rojak Maznah Ke Tuuu.

“Seperti kebiasaan, saya terlibat dengan pelbagai karnival jualan dan saya juga kian sibuk dalam rangka promosi single ini.

“Insya-Allah, saya dalam perancangan untuk merakamkan muzik video selepas sambutan Syawal nanti. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩

Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dirasai sendiri tetapi yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut melalui hal yang sama.

error: Content is protected !!